Home

Monday, June 25, 2012

Hak-hak Orang Islam #8

Assalamualaikum Semua :)

Hak ini saya hendak sambung kongsikan Hak-hak orang Islam terhadap orang Islam. Untuk dapatkan entri-entri yang lepas boleh rujuk sitemap cari tajuk Hak-hak orang Islam. Semoga pengkongsian yang sedikit ini memberi makna kepada kita semua.. Insya-Allah

Hak-hak Orang Islam #8 




21. Mengucapkan tasymit kepada orang yang bersin. Tasymit ilah mendoakan seseorang agar memperoleh rahmat Allah dengan ucapan. “Yarhamukallaah” sewaktu orang itu bersin dan ia sendiri mengucapkan “Alhamdulillah”. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Orang yang bersin itu mengucapkan (segala pujian bagi Allahd alam segala keadaan). Orang yang mendengarnya mengucapkan (Semoga kamu dirahmti Allah). Kemudian orang yang bersin itu membalasnya dengan ucapan (Semoga kamu diberi petunjuk oleh Allah dan bersihkan hatimu).” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud)

Disunatkan apabila seseorang itu bersin supaya memperlahankan suaranyam nebutup wajahnya dan apabila menguap hendaklah ia meletakkan tangan dimulutnya.     

22. Apabila di beri ujian dengan perbuatan orang yang sengaja berbuat jahat terhadapnya, hendaklah orang itu dilayani dengan sebaiknya serta dijaga agar ia tidak melakukan kejahatan lagi.
Sebahagian orang salaf ada yang berkata, “Ikhlaslah dalam pergaulanmu dengan sesame muslim. Gaulilah orang yang jahat dengan akhlak yang baik dan layanan yang baik, kerana sesunggiuhnya mereka yang jahat itu akan suka pada akhlak yang baik serta layanan yang baik”.

Abu Darda berkata, “Kita semua mestilah menunjukan muka yang manis kepada sesuatu golongan, sekalipun hati kita melaknati mereka itu”. 

Demikianlah maksud daripada bergaul secara baik dengan orang yang yang ditakuti kerana perbuatan jahatnya. 

Allah Berfirman yang bermaksud:

“Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-Mu’minun 96).

Ibnu Abbas dalam mengulas erti firman Allah Taala kajsudnya: 

“Mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik”. (Surah Ar-Ra’d : 22)

Ia berkata “Iaitu bahawa kejahatan dan menyakiti diri orang lain itu mestilah diimbangi dengan perlakuan yang baik dan sikap yang lemah lembut”.

Juga dalam mengulas firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan yang derhaka) dengan setengahnya  yang lain…….” (Surah Al-Bakarah : 251)

Ia berkata, “Yakni dengan jalan menggembirakan, member peringatan, perasaan malu dan lemah lembut.”

  “Aisyah bercerita bahawa pada suatu hari ada seorang lelaki meminta izin kepada Rasulullah s.a.w. untuk menemuinya. Baginda s.a.w. bersabda”Izinkanlah ia masuk, tetapi ia sebenarnya adalah seburuk-buruk manusia untuk di ajak bergaul.” Setelah ia masuk Rasulullah menunjukan sikap lemah lembutnya dan ramah tamah , sehingga ia mengira bahawa dirinya mempunyai kedudukan istimewa disamping Baginda s.a.w. Ketika orang itu keluar, lalu saya bertanya   kepada Baginda s.a.w. : “Bukankah sebelum ia masuk tadi, Tuan menyatakan betapa buruk perangainya, tetapi setelah masuk ke dalam , tuan memperlakukan ia dengan cara yang amat baik sekali.” Baginda s.a.w. bersabda: “Hai Aisyah, sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah ialah mereka yang ditinggalkan oleh orang ramai kerana takutkan kejahatan yang dilakukannya.” (Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim)
Rasulullah dalam hadis lain bersabda yang bermaksud: “Apa sahaja yang dipergunakan oleh seseorang untuk menjaga maruah dirinya adalah merupakan sedekadah baginya.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan Ibnu Adiy)

Muhammad bin Hanafiah berkata: “Bukannya seorang yang bijaksana apabila ia tidak dapat bergaul dengan cara yang baik terhadap seseorang yang tidak boleh diajak bergaul , Sehingga Allah membukakan pintu kelapangan kepadanya.”   


Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan 

Sunday, June 24, 2012

Check Point Hidup Manusia

Assalamualaikum Semua :) 

Hari Ini saya hendak kongsikan satu lagi info yang sangat penting untuk kita jadikan panduan agar hidup kita selamat sampai ke destinasi yang kekal abadi iaitu Syurga. Teruskan membaca.

CHECK POINT HIDUP MANUSIA



▬▬► ALAM ROH:

Masih ingat “Aku janji” kita dengan Pencipta kita? Saat Allah berfirman yang bermaksud: “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” kita semua menjawab yakin: “Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Surah al-A’raf - 7: 172)

▬▬► ALAM RAHIM:

Inilah tempat yang paling selamat bagi manusia; di dalam rahim ibunya. Nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.

▬▬► DUNIA:

Dunia tidak ubah seperti sebuah “kenderaan” yang membawa kita musafir kea lam akhirat. Isilah musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menermpuh check-point seterusnya yang jauh lebih mencabar.

▬▬► SAKARATULMAUT:

Jangan sangka apabila sudah hamper terpisah nyawa dari jasad, ujian dah berakhir. Boleh tahan juga ujian kala sakaratumaut. Diuji antara iman dan kufur.

▬▬► KUBUR:

Sendirian tidak berteman. Terasing dan sepi. Inilah transit sementara menunggu detik kiamat. Awas, jangan pula menggangu teman disebelah dengan teriakan sendiri dek diazab, nauzubillah.

▬▬► TIUPAN SANGKAKALA:

Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil.

▬▬► DIHIDUPKAN SEMULA:

Tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali makhluk yang telah mati. Jangan disangka mayat yang telah hancur dimamah bumi dan tulangtemulang yang bersepah sana sini tidak mampu “dibangkitkan” semula oleh Allah.

▬▬► AL-HASYAR (MANUSIA DIKUMPULKAN)

Sepertimana perhimpunan jemaah haji di padang Arafat pada hari wuquf, begitulah keadaan di padang mahsyar. Di sini beberapa check-point lagi terpaksa manusia ditempuhi:

✔ 1. SYAFAAT:

Manusia memohon syafaat daripada para nabi, hingga akhirnya hanya Rasul akhir zaman sahaja yang mampu member syafaat.
✔ 2. PENYERAHAN KITAB AMALAN:

Kiri atau kanan? Semuanya berdebar-debar menunggu kitab amalan masing-masing.

✔ 3. HISAB:

Disnilah manusia akan menanggung dan menjawab (tanggungjawab) setiap perbuatannya di dunia. Segala aktivitinya di dunia akan ditayangkan kembali.

✔ 4. MIZAN:

Ini proses “menakar” iman. Segala kebaikan yang dilakukan walau sebesar biji sawi ada sahamnya menerusi neraca ini. Begitu juga amalan keburukan. Inilah kecanggihan mizan ciptaan Allah s.w.t. tiada satu pun amalan yang terlepas daripadanya.

✔ 5. TELAGA (al-HAUD)

Hanya insane terpilih sahaja yang mampu melegakan tekak meneguk air dari Telaga Nabi ini.

▬▬► TITIAN SIRAT:

Titian yang merentangi neraka jahanam, ketebalannya (baca: kenipisananya) lebih tipis daripada rambut, malah lebih tajam daripada pedang. Inilah satu-satunya jalan menuju syurga. Titian ini lurus, tiada selekoh dan tidak bercabang. Walaupun begitu, orang kafir tetap akan gagal melintasinya.

▬▬► DESTINASI TERAKHIR:

✿ SYURGA ✿– Tiada mata yang pernah melihat keindahanya, tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya, tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan keindahannya, malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkan keadaannya.

★ NERAKA ★– Inilah seburuk-buruk kediaman. Apinya menjulang-julang marak. Panasnya tidak mampu disukat.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu no 38.

Jemput LIKE Page: Izinkan Saya Share

Tag & Sharekan, semoga member manfaat kepada kita semua

Tuesday, June 19, 2012

Jujur VS Khianat

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan perbezaan jujur dan khianat.. So marilah ambil kebaikkan daripadanya... Muhasabah diri pertingkatkan Rohani...


✔ JUJUR ▬▬► VS ▬▬►✗ KHIANAT

Teks : Mahfuzah Omar.

1. ✔ Jujur ialah sifat orang beriman. Orang yang beriman akan jujur pada pertuturan dan tingkah lakunya ▬▬► VS ▬▬►✗ Khianat termasuk dalam sifat orang munafik. Orang yang munafik berbohong dalam percakapan dan tidak jujur dalam perbuatannya.


2.✔ Orang yang jujur sentiasa dipuji, disenangan dan dipercayai oleh orang lain. ▬▬► VS ▬▬► ✗ Orang yang khianat sentiasa memuji diri sendiri, diragui dan tidak dipercayai orang lain.


3.✔ Kejujuran dating dari hati yang bersih dan tenang tanpa ada rasa bimbang kerana segala-galanya dilakukan kerana Allah.▬▬► VS ▬▬►✗ Orang yang khianat mempunyai hati yang kotor, jiwanya tidak tenteram kerana bimbang akan terbongkar ketidakjujurannya.


4.✔ Hidupnya sentiasa dimuliakan orang disekeliling, dihormati dan namanya juga harum. Mereka mempunyai kehoramatan dan harga diri yang tinggi. ▬▬► VS ▬▬►✗ Orang yang khianat dan berbohong akan dihina, tidak bernilai dan dibenci orang lain. Mereka tidak mempunyai kedudukkan dalam masyarakat. Nama baiknya juga akan tercemar dan tidak suka didengar.


5.✔ Kelebihan orang jujur akan mendapat rahmat, keberkatan di samping pahala. Darjatnya tinggi di sisi Allah s.w.t. Syurga ialah sebaik-baik balasan bagi mereka yang jujur dan amanah. ▬▬► VS ▬▬►✗ Balasan orang yang khianat ialah mendapat dosa dan kemurkaan Allah s.w.t. kadang-kadang dibalas semasa di dunia lagi. Neraka ialah destinasi bagi mereka yang tidak jujur dan khianat.


Dari Majalah Gen Q Isu no 10

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Thursday, June 14, 2012

Asto Arena Live Streaming


Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan satu lagi siaran streaming. kepada sesiapa yang minat sukan inilah siarannya Astro Arena.. Selamat menonton dan berhibur... :)

Monday, June 11, 2012

DOA UNTUK 4 PERKARA

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak kongsikan kata Ja’far Asy-Syadiq perihal Doa untuk 4 perkara.. Jom teruskan membaca... Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita..

DOA UNTUK 4 PERKARA


 “Aku hairan dengan orang yang ditimpa empat hal, namun dial alai dari empat hal…” kata Ja’far Asy-Syadiq.

Empat perkara tersebut itu adalah:

▬▬► ♥ 1. Orang yang ditimpa penyakit tetapi lalai dari berdoa:

“..(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”

Doa yang disebut oleh Nabi Ayub a.s ini terdapat di dalam surah Al-Anbiyaa’: 83, dan Allah s.w.t. berfirman setelahnya, “Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya….” (Al-Anbiyaa’: 84)

▬▬► ♥ 2. Orang yang berduka, tetapi lalai untuk berdoa:

“…tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.” (Al-Anbiyaa’ : 87)

Doa ini dibaca oleh Nabi Yunus a.s. dan Allah s.w.t. memperkenankannya seperti disebut di dalam ayat 88 surah Al-Anbiyaa’ : “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman/”

▬▬► ♥ 3. Orang yang ditimpa ketakutan, tetapi tidak mengucapkan:

“…cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik penolong.” (Ali Imran : 173)

Perkataan ini dinyatakan oleh para sahabat yang terlibat dalam peperangan Uhud, dan Allah berfirman dalam ayat seterusnya : “Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Ali Imran : 174)

▬▬► ♥ 4. Doa orang yang ditimpa tipu daya jahat, tetapi lalai dari mengucapkan:

“…Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Al-Mukminj: 44)

Doa ini dibaca semasa berhadapan dengan Firaun, dan Allah s.w.t. memberikan jawapan-Nya : “Maka Allah memeliharanya dari keejahatan tipu daya mereka, dan Firaun berserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk.”



Doa-doa penuh berkat ibarat mutiara yang terdapat di dalam al-Quran. Allah s.w.t. telah memakbulkan orang yang berdoa dengan-Nya. Elok jugalah kita mengamalkannya dan tidak lalai daripada mengingati-Nya apabila ditimpa empat perkara ini.

Dari Majalah IMAN Keluaran Isu no 03

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Tuesday, June 05, 2012

SIFAT MALU

Assalamualikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan dialog antara seorang ustaz dan seorang budak yang berkisar tentang sifat malu. Mari kita baca seterusanya...

SIFAT MALU




Oleh : Atook - Mu Soal Mu Jawab

Budak   : Ustaz, kenapa orang Islam sekarang dah tak ada sifat malu?
Ustaz     : Bukankah Nabi s.a.w. ada bersabda, Malu itu sebahagiaan dari iman.
Budak   : Kalau begitu orang Islam yang dah tak ada sifat malu ni, mereka sudah hilang imannya la, kan Ustaz.
Ustaz     : Ya, betul kata awak tu…
Budak   : Kalau mereka dah tak ada iman, sebab itu mereka dah tak malu buat maksiat, buat jahat dan macam-macam dosa lagi mereka buat.
Ustaz     : Ya… Ya… Betul, betul tu.
Ustaz     : Apa pun, saya ucapkan syabaslah pada awak.
Budak   : Kenapa Ustaz?
Ustaz     : Yalah, Mu tanya soalan, mu pandai menjawabnya sendiri.



Dari Majalah Al-Ustaz Keluaran Isu No 02