Home

Wednesday, January 30, 2013

Jenis-jenis Orang Yang Tertipu #1

Assalamualaikum Semua Sahabat Pembaca.... 

Mari kita muhasabah diri agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang tertipu..

JENIS-JENIS ORANG YANG TERTIPU #1

Sebenarnya terdapat banyak sekali jenis-jenis golongan yang terkena ghurur itu. Marilah disebutkan beberapa bahagian di antaranya, ialah:

Golongan Pertama:

Mereka ini mengutamakan sekali penyelidikan ilmu-ilmu syariat dan akhlak. Tetapi melalaikan penyelidikan anggota diri sendiri serta penjagaannya dari perbuatan maksiat. Rupanya golongan ini sudah tertipu oleh ilmu pengetahuannya yang sudah banyak. Barangkali mereka mengira bahawa disisi Allah Taala mereka akan mendapatkan tempat terhormat kerana banyaknya ilmu yang dimiliki, jadi tidak akan diseksa seperti orang-orang yang dianggapnya bodoh itu. Padahal yang sebenarnya adalah sebaliknya. Bagi seseorang yang suka memeriksa dengan mata yang penuh perhatian, tentulah menyedari sebaik-baiknya, bahawa ilmu pengetahuan itu sebenarnya hanyalah dimaksudkan untuk mengetahui mana-mana halal dan mana-mana haram, juga untuk mengetahui mana-mana yang termasuk akhlak dan budi pekerti yang tercela dan mana-mana pula yang terpuji. Juga bagaimana cara untuk menyembuhkan akhlak yang buruk itu serta bagaimana caranya menghindarkan diri agar jangan terkena penyakit akhlak.

Jadi ringkasnya ialah bahawa kedudukan ilmu pengetahuan itu hanyalahuntuk dijadikan titik tolak dalam mengamalkan sesuatu yang baik, agar diterima dan sah menurut aturan-aturan agama, juga menjauhi larangan-larangannya. Oleh itu, segala ilmu pengetahuan yang semestinya diamalkan, sekiranya tidak menghasilkan amalan-amalan yang baik, maka ilmu itu pun tidak berharga sama sekali, baik di pandangan Allah Taala atau pun manusia. Bukankah sudah ada ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa barangsiapa yang tidak mengamalkan ilmunya, ia sangat ditakut-takuti oleh Allah Taala dan diumpamakan sebagai bintang yang amat hina. Perhatikan firmanNya:


Maksudnya:
“Bandingan orang-orang yang ditanggungkan kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, sama seperti keldai yang memikul beberapa kitab-kitab besar.” (Surah Al Jumuah : 5)


Bayangkan kehinaan yang lebih besar dari seseorang yang diumpamakan sebagai keldai yang dungu.

Entri Ini Ada Sambungannya......

Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin

Wednesday, January 23, 2013

Rukun Nikah

Assalamualaikum Semua :) 

Mari kita mengenali apa dia rukun nikah. Semoga memberi manfaat.

RUKUN NIKAH

Dari Majalah Q&A Keluaran Isu No 4 


7P Pemuda Al-Kahfi

Assalamualaikum Semua :) 

Mari kita contohi Pemuda Kahfi


7P PEMUDA AL-KHAFI

Dari Majalah Gen Q Keluaran Isu No 15