Home

Tuesday, November 19, 2013

Buat Diriku Yang Sering Lupa #2

Assakamualaikum Semua

BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA #2




Bagaimanakah diriku? yang kurasakan telah capai maqam
kesolehan sedangkan aku merasa benci & meluat
pada orang yang lebih daripada diriku?

#LIKE #TAG #SHARE: Semoga memberi peringatan kepada diri dan mereka yang membacanya. InSha_Allah..

Jemput LIKE Page : Goldfinger Touch

Buat Diriku Yang Sering Lupa #1

Assalamualaikum Semua 

BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA #1


Bagaimana aku mendakwa cintakan Rasulullah, ahli keluarga & para sahabatnya, berpakaian kononnya aku seorang sahajalah yang mencontohi Baginda & Salafussoleh sedangkan dalam masa yang sama lidahku tidak dijaga dari mencerca & menghina golongan yang berbeza pandangan denganku dalam hal-hal furu' yang pada zaman Nabi S.A.W pun pernah berlaku hal seumpama itu

Jom #LIKE #TAG #SHARE : Semiga memberi pengingatan kepada diri dan mereka yang membacanya...


Wednesday, March 13, 2013

Tuesday, March 12, 2013

7 Perkara Yang Membawa Kemuliaan

Assalamualaikum Semua... :)

Kali ini saya hendak kongsikan satu lagi info yang baik diamalkan.... Mudah-mudahan memberi manfaat...

7 PERKARA YANG MEMBAWA KEMULIAAN

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi seorang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut:

• Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.

• Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.

• Hidup dan mati dalam kebaikan.

Tujuh perkara tersbut ialah:


1. Membaca bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.

2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidal bermanfaat.

4. Melafazkan isnya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.

5. Membaca hawqalah (la hawla wa la quwawata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.

6. Mengucapkan inna lillah (inna lillah wa inna ilaih raji’un) pada setiap musibah.

7. Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam.


Dari Majalah Solusi Keluaran Isu No 53

Tuesday, February 26, 2013

Doa Pengasih

Assalamualaikum Semua :)

Untuk kita mendapat cinta dari orang yang yang mencintai kita apa kata mari kita amalkan doa ini... Doa ini dari Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim no 2491, yang dipetik dari buku 101 Doa Mohon Makbul..

DOA PENGASIH

Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku. (Riwayat Muslim No 2491)

Dari Buku 101 Doa Mohon Makbul..

Monday, February 25, 2013

Pentingnya Berterima Kasih

Assalamualaikum Semua :)

Sebagai manusia kita mesti menyukuri apa saja kurniaan dari Allah... Allah S.W.T memberi kita rezeki melalu pelbagai saluran yang dikehendaki-Nya.. Berterima kasih itu perlu sebagai tanda syukur kita kepada nikmat yang diberikan...

PENTINGNYA BERTERIMA KASIH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:


“Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: 


Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada mengikut kemampuan. Usahlah berasa dengki dengan orang lain yang lebih berupaya dan berharta. Masing-masing ada rezeki tersendiri.


Info Dari Buku 101 Rekreasi Hati

Wednesday, January 30, 2013

Jenis-jenis Orang Yang Tertipu #1

Assalamualaikum Semua Sahabat Pembaca.... 

Mari kita muhasabah diri agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang tertipu..

JENIS-JENIS ORANG YANG TERTIPU #1

Sebenarnya terdapat banyak sekali jenis-jenis golongan yang terkena ghurur itu. Marilah disebutkan beberapa bahagian di antaranya, ialah:

Golongan Pertama:

Mereka ini mengutamakan sekali penyelidikan ilmu-ilmu syariat dan akhlak. Tetapi melalaikan penyelidikan anggota diri sendiri serta penjagaannya dari perbuatan maksiat. Rupanya golongan ini sudah tertipu oleh ilmu pengetahuannya yang sudah banyak. Barangkali mereka mengira bahawa disisi Allah Taala mereka akan mendapatkan tempat terhormat kerana banyaknya ilmu yang dimiliki, jadi tidak akan diseksa seperti orang-orang yang dianggapnya bodoh itu. Padahal yang sebenarnya adalah sebaliknya. Bagi seseorang yang suka memeriksa dengan mata yang penuh perhatian, tentulah menyedari sebaik-baiknya, bahawa ilmu pengetahuan itu sebenarnya hanyalah dimaksudkan untuk mengetahui mana-mana halal dan mana-mana haram, juga untuk mengetahui mana-mana yang termasuk akhlak dan budi pekerti yang tercela dan mana-mana pula yang terpuji. Juga bagaimana cara untuk menyembuhkan akhlak yang buruk itu serta bagaimana caranya menghindarkan diri agar jangan terkena penyakit akhlak.

Jadi ringkasnya ialah bahawa kedudukan ilmu pengetahuan itu hanyalahuntuk dijadikan titik tolak dalam mengamalkan sesuatu yang baik, agar diterima dan sah menurut aturan-aturan agama, juga menjauhi larangan-larangannya. Oleh itu, segala ilmu pengetahuan yang semestinya diamalkan, sekiranya tidak menghasilkan amalan-amalan yang baik, maka ilmu itu pun tidak berharga sama sekali, baik di pandangan Allah Taala atau pun manusia. Bukankah sudah ada ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa barangsiapa yang tidak mengamalkan ilmunya, ia sangat ditakut-takuti oleh Allah Taala dan diumpamakan sebagai bintang yang amat hina. Perhatikan firmanNya:


Maksudnya:
“Bandingan orang-orang yang ditanggungkan kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, sama seperti keldai yang memikul beberapa kitab-kitab besar.” (Surah Al Jumuah : 5)


Bayangkan kehinaan yang lebih besar dari seseorang yang diumpamakan sebagai keldai yang dungu.

Entri Ini Ada Sambungannya......

Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin

Wednesday, January 23, 2013

Rukun Nikah

Assalamualaikum Semua :) 

Mari kita mengenali apa dia rukun nikah. Semoga memberi manfaat.

RUKUN NIKAH

Dari Majalah Q&A Keluaran Isu No 4 


7P Pemuda Al-Kahfi

Assalamualaikum Semua :) 

Mari kita contohi Pemuda Kahfi


7P PEMUDA AL-KHAFI

Dari Majalah Gen Q Keluaran Isu No 15