Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, August 04, 2019

Berkorban atau Terkorban - Ustaz Syamsul Debat

Ceramah Perdana @ Masjid Gombak Utara, Selangor 🗓Tarikh : 26 julai 2019 🕘Masa : Selepas Maghrib 🕌Tempat : Masjid Gombak Utara 👳🏻‍♀Penceramah : Ustaz Syamsul Debat 📗Tajuk : Berkorban @ Terkorban


Wednesday, June 19, 2019

Syukur Seadanya

Assalamualaikum Semua.

Kalau kita rasa hidup kita ni susah, fikirlah bahawa ada ramai lagi yang jauh lebih susah dari kita. Sentiasalah bersyukur. #SyukurSeadanya


Jika kita ada lebih bantulah pada yang kurang daripada kita. Pasti kita akan rasa bahagia. Tak percaya buatlah... Sekian Terima kasih.

Tuesday, June 18, 2019

JADI AGEN JUAL TOPUP

Assalamualaikum Semua Sahabat Pengunjung blog ini. Hari ini saya nak kongsikan salah satu syarikat yang menjalankan operasi menjual topup dan pembayaran bil. Sekarang ni mudah je nak jimat sambil tu boleh jana pendapatan sampingan.

Bayangkan kalau korang beli topup kat kedai ataupun direct melalui online banking korang pasti bayar harga penuhkan. Tapi kalu korang jadi agen korang dapat harga lebih murah. Walaupun sedikit seperti 10 sen 20 sen ianya tetap bernilai.

Kini korang boleh topup melalui app yang di sediakan oleh pihak syarikat.. Nak tambah modal pun dah semakin mudah dan pantas dengan kaedah AUTOCREDIT.. Mudahkan.. Siapa berminat bolehlah hubungi saya ke no 0104530010 melalui whatsapp mahupun telegram. Saya akan ajar step by step. InShaAllah..

Topup-topup yang telah disediakan oleh syarikat Angkat Topup..








Monday, June 10, 2019

Gambar-gambar Raya Special 1440H

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sekejap je masa berlalu hari ni dah nak masuk 7 Syawal 1440H.

Memandangkan lama tak update blog ni. Hari ni saya nak kongsikan gambar-gambar sepanjang seminggu berhari raya... Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin...








Thursday, June 06, 2019

Tuesday, February 10, 2015

Kita Perasan Tak??

ASSALAMUALAIKUM SEMUA 

Kita Perasan Tak??


MUHASABAH DIRI PERBAIKI HATI

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Friday, February 06, 2015

Jangan Jatuh Hati

Assalamualaikum Semua :)

CERMIN HATI



Jangan jatuh hati dengan seseorang yang tak solat. Sebab kalau dia boleh tinggalkan Allah, dia juga boleh tinggalkan kita.

Semoga bermanfaat

Wednesday, February 04, 2015

Syurga Masuk PERCUMA Tapi Neraka Masuk Kena Bayar

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)
 
MUHASABAH DIRI

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?

✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?


Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar


Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.

〰〰〰〰〰〰

Wahai saudaraku! Menyebarkan mesej ini juga percuma.... Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda...

SHARE : Semoga bermanfaat... Jom Solat

#Astaghfirullah
#Allahuakbar
#Subhanallah
#Alhamdulillah
#Istiaamah
 
— feeling Tenang.

Tuesday, March 25, 2014

Adab apabila tertimpa musibah:

Assalamualaikum Semua


 Adab apabila tertimpa musibah:
 
1. Bersabar.
2. Bersangka baik kepada Allah.
3. Perbanyak istighfar.
4. Tidak menyalahkan siapa-siapa.
5. Ambil pengajaran.

Dari FB ~ Ustaz Umar Muhammad Noor ~

P/s: Izinkan Saya Share - Jom #LIKE #TAG #SHARE : Semoga memberi manfaat kepada diri dan mereka yang membacanya... InShaa-Allah..

Ucapan Takziah buat Ahli Keluarga Mangsa Pesawat MH370

Assalamualaikum Semua :) 


TAKZIAH kepada ahli keluarga mangsa pesawat MH370.

AL-FATIHAH kepada mangsa pesawat MH370.

Ya Allah, Engkau kuatkan dan tabahkanlah hati keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 bagi menghadapi dugaan-Mu ini. Sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah ketentuan dari-Mu dan tiada siapa yang mampu mengubahnya. Aamiin

P/s: Izinkan Saya Share : Jom #LIKE #TAG #SHARE : Semoga apa yang kita kongsikan ini memberi manfaat kepada diri dan mereka yang membacanya...

Beriman Kepada Qada dan Qadar

Assalamualaikum Semua :) 




Saat ditimpa ujian,
kata-kata nasihat orang beriman
melapangkan dada, merehatkan
minda dan menyuntik kekuatan
baru... Beriman kepada

qada & qadar.


Dari FB: Ahmad Fedtri Yahya / Fedtri Yahya

P/s: Izinkan Saya Share : Jom #LIKE #TAG #SHARE - Semoga memberi manfaat kepada diri dan mereka yang membacanya. InShaa-Allah..


Tuesday, November 19, 2013

Buat Diriku Yang Sering Lupa #2

Assakamualaikum Semua

BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA #2




Bagaimanakah diriku? yang kurasakan telah capai maqam
kesolehan sedangkan aku merasa benci & meluat
pada orang yang lebih daripada diriku?

#LIKE #TAG #SHARE: Semoga memberi peringatan kepada diri dan mereka yang membacanya. InSha_Allah..

Jemput LIKE Page : Goldfinger Touch

Buat Diriku Yang Sering Lupa #1

Assalamualaikum Semua 

BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA #1


Bagaimana aku mendakwa cintakan Rasulullah, ahli keluarga & para sahabatnya, berpakaian kononnya aku seorang sahajalah yang mencontohi Baginda & Salafussoleh sedangkan dalam masa yang sama lidahku tidak dijaga dari mencerca & menghina golongan yang berbeza pandangan denganku dalam hal-hal furu' yang pada zaman Nabi S.A.W pun pernah berlaku hal seumpama itu

Jom #LIKE #TAG #SHARE : Semiga memberi pengingatan kepada diri dan mereka yang membacanya...


Tuesday, March 12, 2013

7 Perkara Yang Membawa Kemuliaan

Assalamualaikum Semua... :)

Kali ini saya hendak kongsikan satu lagi info yang baik diamalkan.... Mudah-mudahan memberi manfaat...

7 PERKARA YANG MEMBAWA KEMULIAAN

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi seorang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut:

• Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.

• Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.

• Hidup dan mati dalam kebaikan.

Tujuh perkara tersbut ialah:


1. Membaca bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.

2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidal bermanfaat.

4. Melafazkan isnya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.

5. Membaca hawqalah (la hawla wa la quwawata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.

6. Mengucapkan inna lillah (inna lillah wa inna ilaih raji’un) pada setiap musibah.

7. Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam.


Dari Majalah Solusi Keluaran Isu No 53

Tuesday, February 26, 2013

Doa Pengasih

Assalamualaikum Semua :)

Untuk kita mendapat cinta dari orang yang yang mencintai kita apa kata mari kita amalkan doa ini... Doa ini dari Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim no 2491, yang dipetik dari buku 101 Doa Mohon Makbul..

DOA PENGASIH

Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku. (Riwayat Muslim No 2491)

Dari Buku 101 Doa Mohon Makbul..

Monday, February 25, 2013

Pentingnya Berterima Kasih

Assalamualaikum Semua :)

Sebagai manusia kita mesti menyukuri apa saja kurniaan dari Allah... Allah S.W.T memberi kita rezeki melalu pelbagai saluran yang dikehendaki-Nya.. Berterima kasih itu perlu sebagai tanda syukur kita kepada nikmat yang diberikan...

PENTINGNYA BERTERIMA KASIH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:


“Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: 


Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada mengikut kemampuan. Usahlah berasa dengki dengan orang lain yang lebih berupaya dan berharta. Masing-masing ada rezeki tersendiri.


Info Dari Buku 101 Rekreasi Hati

Wednesday, January 30, 2013

Jenis-jenis Orang Yang Tertipu #1

Assalamualaikum Semua Sahabat Pembaca.... 

Mari kita muhasabah diri agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang tertipu..

JENIS-JENIS ORANG YANG TERTIPU #1

Sebenarnya terdapat banyak sekali jenis-jenis golongan yang terkena ghurur itu. Marilah disebutkan beberapa bahagian di antaranya, ialah:

Golongan Pertama:

Mereka ini mengutamakan sekali penyelidikan ilmu-ilmu syariat dan akhlak. Tetapi melalaikan penyelidikan anggota diri sendiri serta penjagaannya dari perbuatan maksiat. Rupanya golongan ini sudah tertipu oleh ilmu pengetahuannya yang sudah banyak. Barangkali mereka mengira bahawa disisi Allah Taala mereka akan mendapatkan tempat terhormat kerana banyaknya ilmu yang dimiliki, jadi tidak akan diseksa seperti orang-orang yang dianggapnya bodoh itu. Padahal yang sebenarnya adalah sebaliknya. Bagi seseorang yang suka memeriksa dengan mata yang penuh perhatian, tentulah menyedari sebaik-baiknya, bahawa ilmu pengetahuan itu sebenarnya hanyalah dimaksudkan untuk mengetahui mana-mana halal dan mana-mana haram, juga untuk mengetahui mana-mana yang termasuk akhlak dan budi pekerti yang tercela dan mana-mana pula yang terpuji. Juga bagaimana cara untuk menyembuhkan akhlak yang buruk itu serta bagaimana caranya menghindarkan diri agar jangan terkena penyakit akhlak.

Jadi ringkasnya ialah bahawa kedudukan ilmu pengetahuan itu hanyalahuntuk dijadikan titik tolak dalam mengamalkan sesuatu yang baik, agar diterima dan sah menurut aturan-aturan agama, juga menjauhi larangan-larangannya. Oleh itu, segala ilmu pengetahuan yang semestinya diamalkan, sekiranya tidak menghasilkan amalan-amalan yang baik, maka ilmu itu pun tidak berharga sama sekali, baik di pandangan Allah Taala atau pun manusia. Bukankah sudah ada ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa barangsiapa yang tidak mengamalkan ilmunya, ia sangat ditakut-takuti oleh Allah Taala dan diumpamakan sebagai bintang yang amat hina. Perhatikan firmanNya:


Maksudnya:
“Bandingan orang-orang yang ditanggungkan kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, sama seperti keldai yang memikul beberapa kitab-kitab besar.” (Surah Al Jumuah : 5)


Bayangkan kehinaan yang lebih besar dari seseorang yang diumpamakan sebagai keldai yang dungu.

Entri Ini Ada Sambungannya......

Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin

Wednesday, January 23, 2013

Rukun Nikah

Assalamualaikum Semua :) 

Mari kita mengenali apa dia rukun nikah. Semoga memberi manfaat.

RUKUN NIKAH

Dari Majalah Q&A Keluaran Isu No 4 


7P Pemuda Al-Kahfi

Assalamualaikum Semua :) 

Mari kita contohi Pemuda Kahfi


7P PEMUDA AL-KHAFI

Dari Majalah Gen Q Keluaran Isu No 15

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download