Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, March 12, 2012

TV9 Malaysia Live Streaming

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan satu lagi siaran TV secara online. Kali ini saya kongsikan Siaran TV9. Untuk mendapatkan info yang selanjutnya boleh la kunjungi web site TV9 di sini TV9 Malaysia - Dekat Di Hati

Selamat berhibur dan menonton... :) Semoga memberi manfaat.. Pilihlah rancangan-rancangan yang berunsurkan ilmu. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi berguna dalam hidup kita.. insya-Alla


Lapan Perkara Yang Menjadi Perhiasan Lapan Perkara

Assalamualaikum Semua

Kali ini saya hendak kongsikan kata-kata yang telah diungkapkan oleh Sayidina Abu Bakar r.a. Kata-kata ini sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan.. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat dan faedah kepada kita semua. Inysa-Allah.. Teruskan membaca..

Lapan Perkara Yang Menjadi
Perhiasan Lapan Perkara
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Ada lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:

1. Mejaga daripada perkara yang haram perhiasan kepada fakir.

2. Bersyukur perhiasan kepada nikmat.

3. Sabar perhiasan kepada bala.

4. Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.

5. Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.

6. Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.

7. Mininggalkan riyak perhiasan kepada kebaikkan.

8. Khusuk perhiasan kepada sembahyang.
- Sayidina Abu Bakar.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 7.

Sunday, March 11, 2012

Dijentik Halus

Assalamualaikum Semua

Entri kali ini saya mahu mengajak kawan-kwan untuk muhasabah diri. semoga pengkongsian ini dapat memantapkan ketaatan kita kepada Allah S.W.T. Selamat membaca


Dijentik Halus
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Seorang lelaki dating kepada Rasulullah s.a.w. dalam keadaaan berlumuran darah. Melihat keadaannya demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di hadapan, dia terlanggar embok di depanya. Akibatnya, itulah dia, pulang dalam keadaan berlumuran darah.

Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia.”

Rupa-rupanya jika Allah sayangkan seseorang hamba itu, disegerakan baginya hukuman di dunia lagi. Bersyukurlah andai sekali-sekala azab Allah segerakan. Bukan semata-mata menghukum sebaliknya sekadar menyucikan dosanya dan hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.

Bersyukurlah juga andai dalam mengingatkan insan-insan lain melalui apa-apa jua medium dakwah, kita juga diingatkan oleh Allah. Itu tanda Allah sayangkan kita, sayang nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap peringatan-Nya.

Pejam mata seketika, rasailah kasih saying Allah yang tidak bertepi. Senyumlah. Kemudian kerahlah hati, lisan dan seluruh anggota nadan agar membalas kasih saying-Nya dengan ketaatan.

  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 40.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download