Hari ini saya hendak kongsikan doa penawar angin ahmar dan lain-lain penyakit. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang mengamalkannya. Insya-Allah...
DOA PENAWAR
Tuesday, September 04, 2012
Assalamualaikum Semua :)
Enteri kali ini saya hendak kongsikan kata-kata nasihat. Semoga nasihat ini kita jadikan panduan dan pedoman agar kehidupan kita menjadi lebih baik. Insya-Allah
KALAU ORANG BUAT JAHAT
Kalau orang buat jahat, kita balas jahat - maknanya kita sama saja 2x5 dengan si 'penjahat' tu... Tak ada beza.... Kalau ikutkan, kita boleh saja kurang ajar, buat jahat... Tetapi kita tak buat sebab kita ada AGAMA. Sabar.... Pasti ada hikmah dan ganjarannya... ~ Ahmad Fedtri Yahya / Fedtri Yahya ~
Hari ini saya hendak kongsikan mengenai aurat. Semoga dengan adanya entri ini kita dapat faham dengan jelas aurat kita dengan orang lain. Semoha ianya memberi manfaat. Peliharalah aurat kita....
AURAT DENGAN SIAPA?
Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (bapa mentua), atau putera-putera mereka (anak-anak lelaki), atau putera-putera suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka (adik beradik lelaki), atau putera-putera saudara lelaki mereka (anak saudara lelaki bagi adik lelaki atau abang), atau putera-putera saudara perempuan mereka (anak saudara bagi adik perempuan atau kakak), atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(Surah al-Nur 24: 31)
Apa Saja FBI 2013 [Episod 1-2]
-
Apa Saja FBI, sebuah rancangan terbitan Primeworks Studios yang akan
dikendalikan oleh pengacara dan juga penyampai radio popular Hot Fm iaitu
Faizal Isma...