Home

Tuesday, March 08, 2011

Solat Sunat Duha

Tingkatkan Imanmu Dengan Ibadah Sunat

Solat Sunat Duha

Solat duha ialah solat sunat yang dikerjakan selepas waktu isyraq atau di waktu duha, iaitu ketika matahari sedang naik. Waktunya lebih kurang pukul 8 hingga 11 pagi. Solat duha dilakukan sekurang-kurangnya 2 atau 4 atau 6 rakaat dan paling utama ialah 8 rakaat.Ummu Hani menceritakan bahawa ketika berada di Makkah pada hari pembukaan,Nabi SAW solat Duha 8 rakaat.
 
Abu Hurairah berkata:

“Kekasihku Rasulullah SAW berwasiat kepadaku dengan puasa tiga hari setiap bulan,mengerjakan solat Duha dua rakaat dan melakukan solat witir sebelum tidur.”
(Muttafaq Alaih)

Dalam riwayat lain diterangkan bahawa pada tubuh badan manusia ada 360 ruas tulang yang kesemuanya perlu dikeluarkan sedekahnya setiap hari.Solat Duha dua rakaat itu memadai sebagai ganti sedekah tersebut.

Kelebihan Solat Duha

1. Diampunkan dosa walaupun seluas lautan.

Rasululllah bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa saja yang dapat mengerjakan Solat Duha dengan istiqamah (berterusan mengamalkannya),akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

2. Dimurahkan rezeki.

Rasulullah bersabda lagi,

“Solat Duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara solat Duha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

-       rakaat pertama disunatkan membaca surah Asy-Syams dan rakaat kedua surah Ad-Duhaa. Sementara Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa pada rakaat pertama membaca surah Al-Kafirun dan rakaat kedua surah Al-ikhlas.


Niat :

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Sahaja aku solat sunat Duha dua rakaat kerana Allah Taala.”

Doa selepas solat Duha:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Ertinya:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu adalah waktu duhaMu, kecerahan itu ialah kecerahanMu, keindahan itu ialah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu, dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.”
Ya Allah,j ika rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, jika ada di dalam perut bumi keluarkanlah, jika ia sukar mudahkanlah, jika ia haram sucikanlah, jika ia jauh dekatkanlah. Berkat waktu duhaMu, kecerahanMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu, berikanlah kepada kami segala apa kebaikan yang telah engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

(Sedikit Sumber Dari Buku: Himpunan Solat Sunat keutamaan & Doa, oleh Ahmad Muhammad)

Dengan niat hati yang ikhlas kepadaNya, marilah sama2 kita amalkannya…

1 comment:

  1. This paгagraph pгesеnts сlear
    іdea ԁesignеԁ fοr the neω viѕitoгs of bloggіng, thаt trulу how tο do blοgging.


    Ηeгe iѕ my page; De perfecte Kraamcadeaus

    ReplyDelete

MSG-Zone