Home

Thursday, April 07, 2011

Pemulihan vs Kerosakan


Mahmudah (Islah) vs Mazmumah (Ifsad)

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

 Islah (Pemulihan) 

Islah berasal daripada perkataan sa-la-ha yang bermaksud usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul dan lebih baik.

Islah juga dikaitkan dengan amar makruf dan nahi mungkar. Oleh sebab itu, antara perkara yang perlu diberikan keutamaan ialah usaha mengislahkan diri dan pada masa yang sama menyeru orang lain melakukan kebaikan.

Kedua-dua proses ini boleh berlaku serentak.

Islahkan Lima (5) perkara berikut:
  1. Agama – Lakukan segala suruhan Allah dan tingglkan segala tegahan Allah.
  2. Diri – Manusia dilarang sama sekali membunuh atau mencederakan manusia lain. 
  3. Akal Fikiran - Tuntutlah ilmu sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah, dan jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akal seperti meminum arak atau menagih dadah.
  4. Keturunan – Kekang hawa nafsu agar diri tidak mendekati mukadimah zina apatah lagi berzina. Susur galur keturunan perlu dibersihkan daripada sebarang anak yang lahir hasil perbuatan fahsya’ (zina).
  5. Harta Benda – Harta perlulah tulen iaitu bebas daripada sebarang unsur –unsur haram.
Seorang Muslim harus ingat, Islam diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Rahmat ini hanya dapat dikecapi jika manusia memelihara hubungan yang baik dengan Allah, Sesama manusia lain, serta terhadap alam sekitar dan alam semesta. Itulah ruang lingkup ISLAH.



 Ifsad (Kerosakan) 

Ifsad sinonim dengan manusia. Masakan tidak, malaikat persoalkan kewajaran manusia dilantik sebagai khalifah kerana bimbangkan fasad akan maharajalela di muka bumi.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesumgguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah 2: 30)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Telah Nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia.” (Surah Al-Rum 30:41)

Malah turut dijelaskan dalam al-Quran bahawa kerosakan pertama yang berlaku di atas muka bumi ialah pembunuhan Habil. Selain itu terdapat beberapa go;ongan yang disebut dalam Al-Quran yang menjuarai kategori mufsid (orang yang melakukan kerosakan) seperti Yahudi, Ya’juj dan Ma’juj, Firaun dan sebagainya.

Siapa pelaku kerosakan/. Secara umumnya, mereka ialah golongan yang menentang perintah Allah dan melakukan tegahan-Nya atau dengan kata lain, pelaku maksiat.

Larangan melakukan kerosakan juga dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firman yang bermaksuad: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya.” (Surah Al-A’raf 7: 56)

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 29.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone