Home

Monday, May 23, 2011

Api Dunia Vs Api Neraka Dan Bahangnya

Muhasabah:
Api Dunia vs Api Neraka
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Allah Berfirmana:
afara-aytumu alnnaara allatii tuuruuna



71. Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dengan menggosok-gosokkan kayu).
a-antum ansya/tum syajaratahaa am nahnu almunsyi-uuna

72. Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?
nahnu ja'alnaahaa tadzkiratan wamataa'an lilmuqwiina

73. Kami jadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di padang pasir.
(Surah al-Waqiah 56:71-73)

Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimat "peringatan" ini dengan berkata : "Maknanya,api dunia ini sebagai peringatan bagi api akhirat yang paling besar.."

Imam al-Zamakhsyari,dalam Tafsir al-Kashshaf,mengungkapkan kata-kata yang sangat indah.Beliau menulis : "ALLAH menggantungkan sebab-sebab kehidupan denagn api,juga membuat seluruh manusai memerlukannya,agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman ALLAH s.w.t."

Oleh sebab itu,mari kita bayangkan suhu panas api neraka dengan membandingkannya denagn api yang paling panas di dunia ini.Permukaan matahari misalnya,memiliki kepanasan yang mencapai kira-kira 6000 Celcius, sementara suhu di pusatnya lebih kurang 15,000,000 Celcius.Setiap batuan atau logam apa pun yang di tempatkan di sini akan lebur.

Namun api neraka panasnya 70 kali ganda daripada ini.Bayangkan kesakitan yang tidak terkira yang akan dirasakan oleh orang yang berada di dalamnya.Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka,ALLAH gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 28.


Bahangnya Api Neraka Yang Allah Ciptakan!

Diriwayatkan bahawa Rasullullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah Taala telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam A.S. Maka Jibril A.S. pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam A.S.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril A.S. pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintah kan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril A.S. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. 70 x 70

Selepas itu Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, spt api yang sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

MSG Cyber: Ya Allah Jauhkanlah kami dari azab api neraka-Mu.


No comments:

Post a Comment

MSG-Zone