Home

Friday, May 27, 2011

Pengaruh Dalam Berkawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini Message yang ingin dikongsikan kepada semua berkaitan dengan pengaruh dalam berkawan. Kita sedia maklum bahawa kawan merupakan guru yang paling berpengaruh dalam kehidupan sesorang. Jika tersalah pilih kawan nescaya ianya akan mengakibatkan masa depan menjadi tidak menentu. Walau apapun, pilihan diri kita yang buat dan akibatnya kita juga yang akan menanggungnya... Tidak salah berkawan tapi berhati-hatilah dalam membuat penilaian.

Padah Pengaruh Kawan Yang Jahat.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

“Guru” Kejahatan 

Kejahatan itu bermula dengan sedikit-sedikit. Atas pujukan atau ajakan kawan-kawan, mula-mula sekadar mencuba-cuba, dengan kejahatan. Kemudian ia menjadi perkara biasa dan terbiasa. Akhirnya hilang rasa bersalah apabila membuat kejahatan itu. Mereka sama sekali tidak sedar atau tidak ambil peduli kesan buruk perkara jahat itu terhadap diri dab orang lain.

Inilah antara pengaruh kawan-kawan kepada anak-anak kita.

Misalnya dalam menipu ibu bapa. Mula-mula serba salah antara mahu menipu ataupun tidak. Namun apabila melihat ibu bapa boleh atau mudah ditipu, anak-anak akan menjadi terbiasa. Apabila Berjaya dikesan oleh ibu bapa, mereka akan menafikan dan mencari helah, maka terjebak kepada menipu lagi.

Antara akhlak buruk akibat silap memilih kawan ialah bercakap kotor, mencarut, melawan cakap orang tua, terlibat dengan vandalism, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Biasanya perkara-perkara buruk tersebut tidak terhenti di situ sahaja, malah akan menular kepada perbuatan buruk yang lain.

Hilang Minant Untuk Belajar

Perkara yang paling ketara apabila anak-anak cenderung kepada kejahatan ialah mereka mula tidak minat untuk belajar. Keseronokan membuang masa dan membuat sesuatu keburukan secara “team work” ini telah menutup hati mereka. Bagaimana hendak menerapkan ilmu di ruang hati jika ia dikotori dosa-dosa dan mazmumah?

Justeru, berusahalah dan bimbinglah anak-anak kita supaya menjadi Mukmin dan teman Mukmin kawan-kawannya.

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah engkau berteman kecuali dengan seorang Mukmin.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 31.

1 comment:

MSG-Zone