Home

Thursday, May 19, 2011

Sabar vs Keluh-kesah

Mahmudah (Sabar) vs Mazmumah (Keluh-kesah)


Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Mahmudah - Sabar

Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.

waishbir nafsaka ma'a alladziina yad'uuna rabbahum bialghadaati waal'asyiyyi yuriiduuna wajhahu walaa ta'du 'aynaaka 'anhum turiidu ziinata alhayaati alddunyaa walaa tuthi' man aghfalnaa qalbahu 'an dzikrinaa waittaba'a hawaahu wakaana amruhu furuthaan


28. Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
(Surah Al-Kahfi 18: 28)

Menurut ayat diatas, bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Perintah sabar di atas sekaligus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang yang lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.” (Riwaya Muslim)

Sememangnya, Sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.

Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan member cahaya kepada perlbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah!


Mazmumah - Keluh-kesah

Keluh-kesah berlawanan sifatnya dengan sabar. Mereka yang mempunyai sifat ini kerap mengomel lantaran kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar. Biasanya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka yang mempunyai hubungan yang baik daengan Allah s.w.t. mempunyai hati yang bersangka baik dengan Allah s.w.t. atas setiap dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Bebanan hidup yang berat adalah salah satu bentuk ujian dari Allah s.w.t. kepada manusia. Ujian itu diberi untuk menguji sama ada manusia beroleh syuga atau neraka.

Manusia yang dicipta Allah sifatnya tidak sempurna, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan apabila menerima ujian. Puteri kesayangan Rasullah s.a.w. juga diuji apabila suatu ketika rasa keberatan melakukan kerja rumah bersendirian tanpa pembantu rumah. Lantas, dia meminta suaminya, Syaidina Ali pergi menemui Rasullah s.a.w. untuk meminta pembantu rumah.

Permintaan Fatimah itu tidak dapat dipenuhi. Bahkan ia amat membimbangkan Rasullah s.a.w. kerana aduan itu timbul daripada perasaan keluh-kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya (Diselesaikan)

Rasullah s.a.w. bertemu dengan Puterinya lalu menasihatkannya supaya membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Alluhuakbar sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidur./ Selepas itu Saidina Ali dan isterinya mengamalkan wirid yang diajar Rasullah s.a.w. Hasilnya Fatimah mendapati dia tidak lagi berkeluh-kesah dalam menghadapi kerja-kerja sehariannya yang berat, malah berasa cukup bahagia melakukannya .

Itulah dia ubat yang mujarab dalam menghadapi dugaan dan menjauhkan kita daripada bersifat keluh-kesah. Moga ingatan kita yang tidak henti-henti kepada Allah s.w.t. akan menyebabkan kita berasa tenang bahkan bahagia menghadapi kehidupan sehari-hari. Insya-Allah.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 31.


No comments:

Post a Comment

MSG-Zone