Home

Thursday, May 26, 2011

Spontan

Muhasabah – Spontan

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Bukan dengan paksaan, tetapi dengan desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dengan sendiri (tanpa ada paksaan atau setelah dirancang). Demikian definisi spontan menurut kamus Dewan.
1) Berapa kali dalam hidup kita lakukan kebaikan secara spontan tanpa berfikir panjang?

2) Berapa kali kita berfikir dan berkira-kira dalam melakukan kebaikkan?

3) Berapa kerap pula kita tidak berfikir panjang menuruti kemahuan nafsu?
Jika di teliti definisi akhlak sebagaimana yang diberikan oleh Maskawaih, Akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa yang mendorong (diri atau jiwa itu) untuk melakukan perbuatan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan. Di sini wujud unsur spontan dalam melakukan kebaikan.

Muhasabahlah diri, andai diri masih “tidak spontan” melakukan kebaikkan dan ketaatan, mungkin jiwa dan hati perlu dikemas kini dengan “perisian” mahmudah.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 25.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone