Home

Friday, June 17, 2011

Adab Bersedekah

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang... :)


Sedekah adalah suatu amalan yang mulia dan wajar diamalkan oleh setiap umat Islam. Dengan bersedekah kita akan mendapat pahala. Namun begitu dalam melakukan amalan bersedekah ini kita di ajar adab ketika bersedkah. Message kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu iaitu Adab bersedekah. jom kita amalkannya... Jangan lupa baca Adab Bergurau sekali.... Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan nikmat dari-Nya yang Maha Esa.

Adab Bersedekah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Adab Bersedekah
1) Tangan di atas (member) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).

2) Ikhlas dalam bersedekah. Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-menunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.

3) Mendahulukan sedekah yang wajib. Sebagaimana yang disebut dalam hadis qudsi yang bermaksud: “… dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa-apa yang telah Aku wajibkan atasnya…” (Riwayat al-Bukhari)

4) Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.

5) Sedaekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti orang miskin, anak-anak yatim, janda dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t.:
innamaa alshshadaqaatu lilfuqaraa-i waalmasaakiini waal'aamiliina 'alayhaa waalmu-allafati quluubuhum wafii alrriqaabi waalghaarimiina wafii sabiili allaahi waibni alssabiili fariidhatan mina allaahi waallaahu 'aliimun hakiimun
60. Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana [647].
(Surah al-Taubah 9: 60)
6) Bersedekah dengan harta yang halal antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan pahala.

7) Tidak mengungkit-ungkit sedekahnya sebagaimana
Firman Allah s.w.t.:
yaa ayyuhaa alladziina aamanuu laa tubthiluu shadaqaatikum bialmanni waal-adzaa kaalladzii yunfiqu maalahu ri-aa-a alnnaasi walaa yu/minu biallaahi waalyawmi al-aakhiri famatsaluhu kamatsali shafwaanin 'alayhi turaabun fa-ashaabahu waabilun fatarakahu shaldan laa yaqdiruuna 'alaa syay-in mimmaa kasabuu waallaahu laa yahdii alqawma alkaafiriina




264. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir [168].
(Surah al-Baqarah 2: 264)

8) Wajib ke atas pemberi sedekah merenung nikmat Allah s.w.t. ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih.

9) Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat, sebagaimana sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Sedekah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10) Jangan buruk siku. Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekah daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemuadian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 32.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone