Home

Monday, June 20, 2011

Doa Agar Dibaiki Kesabaran dan Kekuatan dalam Rumah Tangga.

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang... :)

Menghadapi masalah dalam kehidupan berumah tangga adalah perkara normal bagi manusia. sama ada masalah tersebut besar mahupun kecil. Bagi menghadapi situasi ini kita digalakkan perbanyakkan berdoa agar kerukunan dalam berumah tangga kembali baik. Kali ini Message hendak berkongsi doa yang mana boleh diamalkan oleh pasangan suami dan isteri supaya rumah tangga sentiasa dilimpahi keberkatan. Selamat beramal...

Doa Agar Dibaiki 
Kesabaran dan Kekuatan 
dalam Rumah Tangga.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
(Surah al-Baqarah 2: 250)

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang yang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jakut agar Allah s.w.t. melimpahkan ke atas mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu.

Perkataan limpahkan ini menunjukan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar telah dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. (Tafsir al-Sawi)

Setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah walaupun ia kecil. Oleh sebab itu, amalkanlah membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran agar rumah tangga yang dibina akan terus berkekalan.

Petikan Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Ustaz Hj, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 32.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone