Home

Thursday, June 09, 2011

Menangis Untuk Kesihatan Mata

Assalamualaikum dan Salam Mesra. :)

Sebelum ini saya telah buat satu entri yang bertajuk 'Menangis' di mana dalam enteri tersebut berkaitan Menangis Dari sudut perubatan. Namun kali ini message yang hendak disampaikan mengenai Menangis Untuk Kesihatan Mata. Semoga entri kali ini juga memberi manfaat kepada semua rakan-rakan pembaca yang sudi singgah membaca di blog ini.... jom teruskan membaca....

Menangis Untuk Kesihatan Mata
 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Kajian ilmiah menjelaskan menangis yang diperoleh sesuai dengan masalah atau penyakit yang dihidapinya. Sebagai contoh air mata yang keluar apabila seseorang memotong bawang mampu memelihara kelembutan dan kelembapan kedua-dua matanya dan membuang segala bahan-bahan yang cuba memasuki matanya.

Dr Muhammad Abullatif Bultiyyah, salah seorang pakar mata yang terkenal dalam kajiannya menyimpulkan bahawa air mata yang tumpah mempunyai nilai kesihatan yang tinggi, antaranya membantu kelenturan gerakkan kelopak-kelopak mata, memelihara daripada penyakit kekeringan mata, membersihkan mata daripada segala habuk dan debu tanah serta melindungi mata secara terus-menerus.

Sebagai umat Islam, tidak seharusnya kita menangis melulu seperti meratapi kematian dan sebagainya. Kita sememangnya digalakkan menangis dalam keadaan tertentu seperti:

 Menangis mengenangkan dosa-dosa yang lalu dalam taubat memohon keampunan Allah s.w.t.

 Mengalir air mata kerana takutkan azab-azab Allah s.w.t. pada hari akhirat.

 Mengalir air mata ketika khusuk dan sujud kepada Allah s.w.t.

 Mengalir air mata ketika berdoa dengan khusyuk dengan mengharapkan Allah s.w.t. sahaja sebagai tempat bergantung.

 Mengalir air mata ketika berjumpa dengan sahabat atau saudara yang lama terpisah.

 Mengalir air mata ketika melihat kemenangan tentera Islam melawan tentera kuffar.

 Mengalir air mata setelah mendapat reda daripada kedua orang tua.

 Mengalirkan air mata apabila agama Islam diinjak-injak dan dihina oleh musuh Islam atau undang-undang Allah diketepikan.

 Mengalir air mata seorang ayah di hadapan anaknya yang sakit dan dia meminta pertolongan seseorang yang kaya, namun si kaya enggan menolongnya dengan alas an.

 Menangis apabila melihat keadilan dianggap sebagai tindakkan yang memalukan dan penindasan dianggap sebagai undang-undang.

Sesungguhnya tidak perlu kita berasa malu untuk menangis dalam situasi tertentu. Semoga dengan tangisan yang bermakna menjadi titik mula dalam pengubatan alternative dan yang lebih penting lagi menangis kerana Allah s.w.t. yang amat tinggi nilainya.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.


No comments:

Post a Comment

MSG-Zone