Home

Sunday, July 10, 2011

3 Golongan Manusia

Assalamualaikum semua Muslin dan Muslimat... :)

Tahukah anda manusia terbahagi kepada 3 golongan? Apakah golongan-golongan itu? Kita terdiri daripada golongan yang mana? Entri kali ini ingin dikongsikan agar kita dapat tahu kita tergolong daripada golongan apa. Sekiranya kita merasakan diri kita tergolong dikalangan golongan manusia yang salah cepat-cepatlah kita melakukan perubahan agar kita terletak didalam golongan yang baik... Jom baca... :)

3 Golongan Manusia
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

Hidup demi dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.’”
(Surah al-An’am 6: 29)

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun…

Namun mereka tidak berusaha kea rah mencapai kebahagiaan “disana”. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.

Golong yang menganggap dunia ini ladang akhirat.

Mereka menanam disini untuk menuai di akhirat kelak. 

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”
(Surah al-An’am 6: 32)
DI MANA agaknya kita? 
Tepuk dada Tanya iman. 

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

2 comments:

  1. Mudah-mudahan kita berusaha memperbaiki diri kita.
    Dunia sementara, akhirat kekal abadi.

    ReplyDelete
  2. @Mohd Yusuf Betul tu... sama-sama la kita ingat mengingatkan antara satu sama lain... mudah-mudahan kita sentiasa tergolong dalam orng-orang yang benar... :)

    ReplyDelete

MSG-Zone