Home

Sunday, July 31, 2011

Raihan ft Man Bai - Harapan Ramadhan - Lirik Lagu

Assalamualaikum Semua...

Apakah harapan ramadhan kita kali ini? Semoga ianya lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini... Jom kita hayati lagu daripada Raihan dan Man Bai Harapan Ramadhan. Selamat Menyambut Ramadhan kepada Semua rakan-rakan Blogger dan semua pengunjung blog ini...
Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
 

Saturday, July 30, 2011

Ucapan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum Semua Muslimin dan Muslimat.... :)

Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Saya pemilik Blog MSG Cyber ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan dalam hidup kita...Amin...

Ucapan Ramadhan Al-Mubarak
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Friday, July 29, 2011

Ujian Dalam Hati

Assalamualaikum Semua... :)

Dalam hidup kita sebagai umat Islam. Kita pasti akan melalui pelbagai ujian. Ujian-ujian ini akan mempengaruhi sifat dan akhlak kita. Entri kali ini saya hendak kongsikan apa ujian-ujian yang sering kita hadapi dalam hati.. dan semoga memberi manfaat kepada kita supaya kita dapat mengambilnya sebagai pengajaran. Jom teruskan membaca... :)

Ujian Dalam Hati
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
 
UJIAN
HATI SAKIT
HATI SIHAT
KAYA
SOMBONG
PEMURAH
MISKIN
KELUH RESAH
REDA
SIHAT
LUPA
SYUKUR
SAKIT
GELISAH
SABAR
TUA
MERANA
TENANG
MUDA
LALAI
BERINGAT

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 6.

Wednesday, July 27, 2011

Mukjizat Al-Quran

Assalamualaikum semua... :)

Entri kali ini saya ingin kongsikan info mengenai Mukjizat Al-Quran. Ayat-ayat al-Quran merupakan mukjizat yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Mari kita mengenal apakah itu Mukjizat Al-Quran. Jom baca seterusnya..


Mukjizat Al-Quran
 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Al-Quran merupakan mukjizat yang dikurniakan Alah kepada Rasullah s.a.w. sebagai bukti kenabian Baginda. Mukjizat ini kekal hingga hari ini dan kita dapat saksikannya, memegangnya malah sentiasa dapat membaca atau mendengar isi kandungannya. Ini berbza dengan mukjizat nabi lain, yang hanya dapat isaksikan oleh kaum pada aman tersebut sahaja.

Mukjizat ini tidak terbatas kepada aspek ini sahaja, bahkan meliputi pelbagaiaspek. Binalah rasa lebih kagum dengan al-Quran dengan lebih mengenali mukjizat ini berdasarkan pembahagiannya
1. I’jaz al-Lughawi (Mukjizat bahasa)
Al-Quran wujud hingga hari ini dalam bentuk mushaf. Dari segi nahu, saraf dan balaghah, semuanya begitu indah hingga Berjaya memukau banyak hati-hati kepada Islam. Pernahkah kedengaran ada yang mendakwa terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa dalam al-Quran? Pastinya tidak. Inilah juga mukjizat utama al-Quran.

Buktinya hingga kini tiada makhluk pun mampu mencabar al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-menbantu sesame sendiri.” (Surah al-Isra’ 17: 88)
2. I’jaz al-‘Ilmi (Mukzijat al-Quran Melalui Sains)
Keajaiban sains dalam al-Quran telah tersingkap melalui pelbagai kajian dan penemuan. Hingga kini juga tiada kajian sains yang didapati bertentangan dengan al-Quran, malah penemuan demi penemuan terus ditemui dalam al-Quran.

Banyak keajaiban sains dalam al-Quran boleh ditemui dalam laman web Harun Yahya dan Commission on Scientific Signs of Qur’an and Sunnah
3. I’jaz al-‘Adadi (Mukjizat dari Segi Bilangan)
Abdul Razzaq Nawfal dalam Mu’jizat al-Arqam wa al-Tarqim fi al-Quran al-Karim ada menyenaraikan beberapa keajaiban al-Quran dari segi jumlah perkataan yang ada signifikannya. Contohmya terdapat keseimbangan antara jumlah kata dengan antonimnya:
1. Hidup dan Mati – 145 kali.
2. Dunia dan Akhirat – 115 kali.
3. Malaikat dan Syaitan – 68 kali.
4. Manfaat dan Mudarat – 50 kali.
5. Panas dan dingin – 4 kali.
6. Kebaikkan dan keburukkan – 167 kali.
7. Lalaki dan wanita – 24 kali.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 18.