Home

Wednesday, July 27, 2011

Mukjizat Al-Quran

Assalamualaikum semua... :)

Entri kali ini saya ingin kongsikan info mengenai Mukjizat Al-Quran. Ayat-ayat al-Quran merupakan mukjizat yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Mari kita mengenal apakah itu Mukjizat Al-Quran. Jom baca seterusnya..


Mukjizat Al-Quran
 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Al-Quran merupakan mukjizat yang dikurniakan Alah kepada Rasullah s.a.w. sebagai bukti kenabian Baginda. Mukjizat ini kekal hingga hari ini dan kita dapat saksikannya, memegangnya malah sentiasa dapat membaca atau mendengar isi kandungannya. Ini berbza dengan mukjizat nabi lain, yang hanya dapat isaksikan oleh kaum pada aman tersebut sahaja.

Mukjizat ini tidak terbatas kepada aspek ini sahaja, bahkan meliputi pelbagaiaspek. Binalah rasa lebih kagum dengan al-Quran dengan lebih mengenali mukjizat ini berdasarkan pembahagiannya
1. I’jaz al-Lughawi (Mukjizat bahasa)
Al-Quran wujud hingga hari ini dalam bentuk mushaf. Dari segi nahu, saraf dan balaghah, semuanya begitu indah hingga Berjaya memukau banyak hati-hati kepada Islam. Pernahkah kedengaran ada yang mendakwa terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa dalam al-Quran? Pastinya tidak. Inilah juga mukjizat utama al-Quran.

Buktinya hingga kini tiada makhluk pun mampu mencabar al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-menbantu sesame sendiri.” (Surah al-Isra’ 17: 88)
2. I’jaz al-‘Ilmi (Mukzijat al-Quran Melalui Sains)
Keajaiban sains dalam al-Quran telah tersingkap melalui pelbagai kajian dan penemuan. Hingga kini juga tiada kajian sains yang didapati bertentangan dengan al-Quran, malah penemuan demi penemuan terus ditemui dalam al-Quran.

Banyak keajaiban sains dalam al-Quran boleh ditemui dalam laman web Harun Yahya dan Commission on Scientific Signs of Qur’an and Sunnah
3. I’jaz al-‘Adadi (Mukjizat dari Segi Bilangan)
Abdul Razzaq Nawfal dalam Mu’jizat al-Arqam wa al-Tarqim fi al-Quran al-Karim ada menyenaraikan beberapa keajaiban al-Quran dari segi jumlah perkataan yang ada signifikannya. Contohmya terdapat keseimbangan antara jumlah kata dengan antonimnya:
1. Hidup dan Mati – 145 kali.
2. Dunia dan Akhirat – 115 kali.
3. Malaikat dan Syaitan – 68 kali.
4. Manfaat dan Mudarat – 50 kali.
5. Panas dan dingin – 4 kali.
6. Kebaikkan dan keburukkan – 167 kali.
7. Lalaki dan wanita – 24 kali.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 18.

5 comments:

  1. gud entry.. tq for sharing...

    *baru selidik blog ni... entry2 bagus & bermanfaat jadi elok la kalau tukar layout yang lebih bersesuai bg memudahkan pembaca luar(selain blogger)

    *cursor pakai yg bese pon xper supaya mesra pembaca...

    just my opinion...

    ReplyDelete
  2. @kaizen AsSalam, Welcome...

    Terima kasih kerana sudi memberi pandangan dan cadangan. Insya-Allah saya akan ubah suai semula blog ini.. :)

    ReplyDelete
  3. Subhaanalloh.. Dengan Al-Quran, hati yang tadinya sedih menjadi senang dan tenang..

    ReplyDelete
  4. banyak maklumat yang boleh diperolehi....mudah dan senang faham...tq

    ReplyDelete

MSG-Zone