Home

Tuesday, July 12, 2011

Adab Bersilaturahim

Assalamualaikum semua.... :)

Message yang hendak dikongsikan kali ini ialah mengenai Adab Bersilaturahim. Islam mementingkan hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Hubungan silaturahim yang utuh akan membawa kepada perpaduan dan menjadikan Islam sebagai agama yang bersatu padu. namau, pada zaman ini sikap itu sudah semakin luntur.Jadi sebagai Muslim yang bertanggungjawab perlu mengambil berat perkara ini. Jom kita eratkan silaturahim sesama kita walaupun berbeza pendapat dan fahaman politik... Insya-Allah...


Adab Bersilaturahim
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

        I.            Ikhlas – Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturahim. Janganlah bersilaturahim kerana tujuan riyak dan sum;ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.
      II.            Mengharap Pahala – Hendaklah bersilaturahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.
    III.            Memulai yang Terdekat – Semakin dekat hubungan tali persaudaraan, maka semakin wajib kita menyambungnya. Rasullah pernah ditanya soalan: “Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?” Nabi menyatakan: “Ibumu, ibumu, ibumu, kemudian ayahmu, kemudian yang paling dekat denganmu, yang paling dekat denganmu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
    IV.            Dahulukan Orang yang Paling Bertaqwa – Senakin bertaqwa seseorang kepada Allah s.w.t., maka semakin besar pula haknya, juga semakin bertambah pahala bersilaturahim dengannya. Walau bagaimanapun bersilaturahim itu juga dianjurkan dengan orang kafir, khususnya apabila mengajaknya kepada Islam.
      V.            Mencari-cari Kerabat yang Jauh – Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung tali silaturahim. Sebab, menyambung silaturahim dapat mendatangkan kasih saying dalam keluarga, mendatangkan harta dan memanjangkan umur.” (Riwayat al-Tirmizi).
    VI.            Terus Menyambung Silaturahim dengan Orang yang Memutusnya – Firman Allah yang bermaksud: “Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba aka nada orang yang antaranu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat betia. (Surah Fussilat 41: 34).
  VII.            Sedekah – Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala sedekah, sedangkan sedekah kepada saudara ada dua pahala, iaitu pahala bersedekah dan bersilaturahim.” (Riyata al-Nasa’i).
VIII.            Nasihat – Memberikan nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturahim yang paling baik. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” (Surah al-Syu’araa 26: 214).
    IX.            Komunikasi Berterusan – Seseorang hendaklah meneruskan dan melazimkan kunjungan ke rumah-rumah saudara dan rakan-rakan. Jika tidak mampu, hendaklah dia menghubunginya dengan telefon. Jika tidak memiliki telefon, maka boleh menulis surat, e-mel atau sebagainya. Sebab komunikasi tersebut dapat mempreerat hubungan dan menumbuhkan kasih saying kerana saling mengingati.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone