Home

Saturday, July 02, 2011

Doa Agar Suami Isteri Beroleh Keselamatan

Assalamualaikum Semua Pengunjung Blog MSG... :)

Setiap Suami Isteri mahukan keselamatan dalam rumah tangga mereka. Jadi Message kali ini hendak dikongsikan Doa, yang mana doa ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja.. Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan dan keselamatan Di dunia dan Di akhirat...

Doa Agar Suami Isteri
Beroleh Keselamatan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
(Surah al-Kahfi 18: 10)

Amalan

Rahmat yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada keampunan, rezeki dan keselamatan. Rasyadan pula merujuk kepada ilham dan hidayah yang membawa kepada hidayah di dunia dan di akhirat. (Tafsir Ruh al-Ma’ani)

Justeru, kita dituntut mengamalkan doa ini untuk memperoleh keselamatan dan ketenangan dalam rumahtangga serta memohon keredaan, keberkatan dan rahmat-Nya.

Petikan buku Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 27.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone