Home

Thursday, July 14, 2011

Doa Pada Waktu Pagi dan Petang

Assalamualaikum Semua... :)

Kali ini message yang hendak dikongsikan ialah doa iaitu doa pada waktu pagi dan petang. Sama-samalah kita amalkan semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah. Selamat beramal... :)


Doa pada Waktu Pagi dan Petang

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Doa pada Waktu Pagi

Diriwayatkan daripada kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi sebuah doa yang digalakkan dibaca pada waktu pagi dan petang. Rasullah s.a.w. membaca doa berikut pada waktu pagi dan petang.


Maksudnya:

Ya Allah, dengan (Rahmat dan pertolongan)-Mu, kami memasuki waktu pagi dan dengan (ragmat dan pertolongan)-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan (rahmat dan pertolongan)-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu bengkitnya (Semua makhluk).”

Doa pada Waktu Petang



Maksudnya:

Ya Allah, dengan (pertolongan dan rahmat)-Mu kami masuk waktu petang dan dengan (pertolongan dan rahmat)-Mu kami masuk waktu pagi. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu tempat kembali bagi semua makhluk. (Riwayat Abu Daud. Hadis Hasan)

Petikan Ensiklopedia Zikir dan Doa, Imam al-Nawawi terbitan Pustaka Sahifa.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

1 comment:

  1. Harusnya yang petang bukan النشور tapi المسير

    ReplyDelete

MSG-Zone