Home

Friday, July 15, 2011

Harta Itu Milikku?

Assalamualaikum semua pengunjung... :)

Harta ialah barang-barang berharga (seperti rumah, tanah, barang-barang kemas, dan sebagainya) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dan lain-lain). Namun benarkah sekiranya kita mempunyai semua harta itu bermakna ia harta milik kita? Anda yakin dengan jawab anda? Anda betul-betul pasti harta itu milik anda? Okeylah... Message kali ini berkaitan dengan harta. adakah harta yang kita ada itu milik kita... Jom kita muhasabahkan diri dengan entri kali ini...

Harta Itu Milikku?

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

CUBA lakukan beberapa perkara berikut:
Lihat duit tunai yang ada dalam dompet. Berapakah jumlah yang ada di dalam dompet itu?

Lihat buku akaun simpanan bank atau penyata akaun simpanan. Berapalah jumlah yang tertera pada baki akhir di situ?

Selak pula penyata simpanan amanah saham atau pelaburan dalam unit trust, berapakah jumlahnya kini?

Lihat rumah yang didiami kini, Jika rumah itu dibeli atau dibina dengan hasil titik peluh sendiri, berapakah nilai semasanya kini?

Apa lagi harta yang dimiliki? Tanah rumah sewa, kedai yang disewakan, barang kemas atau mungkin juga asset syarikat?

Ramai manusia berfikir, duit tunai itu milik kita kerana berada dalam dompet milik kita. Simpanan dalam bank dan pelaburan jangka panjang juga milik kita kerana jelas tertera nama kita pada penyata akaun itu. Begitu juga asset lain seperti rumah, tanah, dan sebagainya.

Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua itu milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara dan kita hanya pentadbirnya. Buktinya semua harta itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi untuk dimanfaatkan.

Apa milik kita?  Milik kita hanyalah apa-apa yang kita berikan atau sedekahkan, Jika semalam kita ada mendermakan RM1 kepada peminta sedekah, maka RM1 itulah milik kita. Jika hari ini kita ada menyumbangkan sebuah Al-Quran atau sepasang telekung solat untuk sebuah masjid, maka itulah asset milik kita. Jika kita yang memberikan nafkah kepada ahli keluarga, maka itulah juga harta milik kita. Sesuatu harta itu hanya akan menjadi milik kita setelah kita manfaatkannya untuk kebaikkan akhirat, bukan sesuatu yang disimpan di dunia.

Jika hari ini dicongak jumlah duit atau harta yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya?

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone