Home

Thursday, July 07, 2011

Soalan Bocor

Assalamualaikum semua teman-teman.... :)

Pernah tak korang dapat soalan bocor? senang tak bila jawab peperiksaan jika korang dapat soalan bocor? Mesti senang dan mudahkan. masa 3 jam pun boleh siapkan dalam masa 30 minit. Okeylah sebenarnya message kali ini mengenai soalan bocor tapi bukannya soalan UPSR, PMR, SPM, STPM, A-Level dan sebagainya.Soalan ni akan di jawab oleh kita pada suatu masa nanti... Mari kita tengok apa soalan bocor tersebut.... :)

Muhasabah 
Soalan Bocor
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Kita semua sudah maklum, bahawa setelah nyawa terpisah dari jasad, tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia, malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut. Soalan-soalan itu ialah soalan bocor.
1. Siapa Tuhan kamu?

Allah s.w.t.

2. Apa agama kamu?

Islam.

3. Siapa Nabi kamu?

Rasullah s.a.w.
Ya, kita pasti kota tahu jawapannya. Tetapi kita harus faham satu perkara Alam barzakh dan akhirat adalah alam yang sama sekali tidak sama dengan kehidupan dunia.

Lantaran itu, andai kita rasakan menjawab soalan ini sama seperti menjawab soalan peperiksaan, maka kita silap besar. Kekuatan ingatan, kecerdasan minda dan tahap pendidikan takkan menjamin kita mampu menjawab ke semua soalan tersebut dengan cemerlang.
Apa yang menentukan ialah amalan kita di dunia. Oleh sebab itu, bagi menjawab soalan di atas dengan  cemerlang, perhatikan pelan tindakkan di bawah:

Soalan
Jawapan
Siapa Tuhan Kamu?
Tauhidkan Allah, Sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya.
Apa agama kamu?
Jadikan Islam sebagai cara hidup.
Siapa Nabi kamu?
Menyayangi Rasullah s.a.w. dan mengikuti sunah Baginda. 

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 27.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone