Apa yang perlu kita lakukan kepada orang yang memberi kita makan? Cukup ke sekadar ucapan terima kasih? Walaupun dengan ucapan terima kasih itu sudah memadai. Sebagai penghargaan kepada mereka apalah salahnya kita mendoakan mereka. Entri kali ini saya ingin kongsikan Doa kepada mereka yang memberi makan kepada kita... Selamat beramal...
Doa kepada Orang yang Memberi Makan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Maksudnya: “Ya Allah, Berilah makan kepada orang yang member makan kepadaku dan nerikan minum kepada orang yang member minum kepadaku.” (Riwayat Muslim no. 2055)
Petua Beramal
Antara adab makan ialah membaca doa makan sebelum dan selepas makan. Selain itu, sebagai tanda penghargaan kepada orang yang mengendalikan jamuan, doa ini boleh dibaca bagi mengiringi doa sebelum makan dan boleh juga dibaca bersama doa selepas makan. Begitulah yang diamalkan oleh Rasullah s.a.w. Baginda cukup prihatin dalam perkara-perkara yang melibatkan hak orang lain dan hubungan kemasyarakatan.
101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, Ustaz Zahzan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd .
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 34.
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone