Home

Thursday, August 18, 2011

Syarat-Syarat Mendapat Hidayah Allah s.w.t.

Assalamualaikum Semua. :)

Bagaimana kita hendak mendapatkan hidayah dari Allah? Apakah caranya untuk kita peroleh hidayah itu? Entri kali ini saya ingin kongsikan info yang bermanfaat untuk kita semua. Insya-Allah... Jom kita baca seterusnya...

Syarat-Syarat Mendapat Hidayah Allah s.w.t.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Berdoa

Pohonlah doa daripada Allah untuk memperoleh hidayah-Nya. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Doa itu senjata orang yang beriman, tiang agama, sinar cahaya langit dan bumi.” (Riwayat al-Albani daripada Ali bin Abu Talib)

2. Membuka hati dan minda untuk memperoleh hidayah Allah.

3. Gigih menuntut ilmu.

Sabda Rasullah s.a.w. mengenai pahala menuntut ilmu yang bermaksud: “Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, para malaikat akan menaunginya dengan dengan sayap-sayap mereka, malaikat-malaikat di langit pula berselawat ke atas mereka.” (Riwayat al-Baihaqi daripada Anas bin Malik dalam Lisan al-Mizan)

Dalam hadis lain yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Maka dalam menuntut ilmu niatkan semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. agar dibalas dengan pahala kebaikan di dunia dan akhirat.

4. Mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Ibn Khattab pernah berkata: “Perkara yang paling saya takuti menimpa ke atas umat ini ialah orang munafik yang alim.” Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang dimaksudkan dengan orang munafik yang alim?” katanya: “Orang yang alim lidahnya (fasih bertutur), tetapi jahil hati dan perbuatannya (tidak berpegang dan beramal dengan apa yang dikatakannya).”

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 26.

3 comments:

  1. hm..bagus untuk refresh minda seorang muslim kerana kita sebagai umat islam kena sentiasa recharge kefahaman dan keimanan kita kepada Allah swt..

    ReplyDelete
  2. @Nora Shahaira Betul tue... kena refresh selalu minda kita... kalau tidak kita akan lalai dan leka dgn dunia je...

    ReplyDelete

MSG-Zone