Home

Saturday, August 20, 2011

Tanda Seseorang Itu Menjadi Munafik

Assalamualaikum Semua.... :)

Apakah tanda orang-orang yang menjadi munafik? Apakah ciri-cirinya? Adakah dalam diri kita terdapat tanda-tanda orang munafik? Untuk menyetahui Tanda-tanda orang yang munafik teruskan membaca entri ini. moga-moga kita tidak tergolong daripada golongan ini...

Makna Munafik:

Dari Segi Bahasa: 
Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.

Dari Segi Syarak: 
Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaanya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam dan mengaku mereka ialah seorang Ilsam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Tanda Seseorang Itu Menjadi Munafik


      1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh.

Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. Orang yang tidak teguh I,amnya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

      2. Tindak-Tanduk yang Sentiasa Berubah.

Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang beribadat. Dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

       3. Tidak Tetap Kata.

Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang mukmin. Secara senyap, dia akan menghina Islam.

      4.  Sentiasa Mengharapkan Kebaikkannya Dibalas.

Jika dia melakukan sesuatu kebikkan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikkan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

     5.  Jiwanya Tidak Tenteram.

Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap berpura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

     6. Menjadikan Dunia sebagai Matlamat Hidup.

Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utma dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.

 Dari Buku Indahnya Hidup Bersyariat 


No comments:

Post a Comment

MSG-Zone