Home

Monday, September 05, 2011

Antara Prinsip Positif yang Boleh Dijadikan Panduan

Assalamualaikum Semua :) 

Bagaimana kita nak jadi positif? Apa yang perlu kita buat? Ada banyak cara untuk kita menjadi lebih positif. Kalau nak tahu jom baca entri ini. Mudah-mudahan kita boleh menjadi lebih positif dari sekarang.

Antara Prinsip Positif yang Boleh Dijadikan Panduan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

i.               Memberi Lebih Gembira daripada Menerima

Benarkah member lebih gembira? Atau menerima lebih gembira? Latih anak-anak member hadiah atau pertolongan kepada orang yang memerlukan, dan cuba tanyakan apakah yang dirasai dalam jiwanya? Pasti pada wajah anak-anak terlihat satu kepuasan, iaitu gembira melihat orang lain terlepas daripada kesusahan dan sebagainya. Allah s.w.t. pula menyukai tangan-tangan yang lebih banyak member.

ii.            Peluang Bukan Dinanti, Tetapi Dicari.

Ini sebagai galakkan kepada anak-anak supaya mereka sentiasa mencari peluang untuk Berjaya. Misalnya mencuba bakat dalam membentuk sesuatu objek. Mungkin Nampak susah dan mustahil untuk mereka. Namun keinginan atau cubaan yang ditunjukkan itu pun sudah menggembirakan hati kita, sekalipun tidak Berjaya.

iii.           Orang Mukmin Tidak Jatuh ke Dalam Lubang yang Sama Dua Kali.

Kata-kata ini sebagai peringatan untuk anak-anak, jangan diulangi kesilapan lalu. Misalnya, mereka perlu mengulang tahun ketika belajar. Anak-anak ketika itu perlu mengubah strategi cara belajar yang lebih baik. Sebagai seorang Mukmin, Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone