Home

Sunday, September 18, 2011

Hijrah daripada Maksiat kepada Taat

Assalamualaikum Semua :)

Sebagai seorang hamba kita sering melakukan kesilapan dan lalai dengan kehidupan dunia. Zaman kini maksiat di mana-mana sahaja berada. Namun apakah kita patut lakukan agar ia tdak berterusan. Apa yang perlu kita hendaklah berhijrah daripada maksiat kepada taat. kita harus mengetahui peringkat-peringkat yang membawa kita kepada maksiat agar kita dapat meletakkan kita dalam keadaan yang mana satu dan kita perlu mengatasinya sebelum terlambat. Mari baca seterusnya...

Hijrah daripada Maksiat kepada Taat
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Peringkat pertama: buat maksiat, hati resah gelisah. Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. Terasa wajah dan air muka dicontenteng arang. Alhamdulillah.

Peringkat kedua: terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu, Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. Semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya.

Peringkat ketiga: maksiat kini terasa kian lazat. Terasa alah bias tegal biasa. Sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. Masya-Allah.

Peringkat Akhir: teringin nak ajak orang lain kea rah kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. Rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah.

Sebelum sampai kepada peringkat kedua dan seterusnya jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. Moga taat mengambil alih tempat maksiat, insya-Allah. 

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone