Home

Wednesday, September 07, 2011

Kesalahan dalam Bertaubat

Assalamualaikum Semua :)

Taubat? Mudah ke kita nak bertaubat? Sebelum ini saya ada kongsikan info Cara Bertaubat tetapi kali ini kita tengok pula apakah kesalahan dalam bertaubat. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita yang sering melakukan dosa di dunia agar kita mendapat kebaikkan di akhirat kelak... Insya-Allah...

Kesalahan dalam  Bertaubat
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas



Mahu bertaubat tetapi Menunda Taubat

Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana itu merupakan kewajipan setiap muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapuskan.

Lalai dan  Terlupa Untuk Bertaubat

Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.

Enggan Bertaubat kerana Khuatir Akan Melakukannya Lagi.

Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudian ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat?

Malu Hendak Bertaubat

Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika benar-benar kita jujur dengan tindakkan serta berbekalkan sifat sabar, lama-kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.

Berani Buat Maksiat Lagi Kerana Rahmat Allah Luas.

Rahmat dan kasih saying Allah bersama dengan orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemaksiatan pada Allah.

Tertipu Dengan Ahli Maksiat

Janganlah berasa hairan melihat mereka yang terus menerus melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberikan nikmat di dunia. Mereka memiliki ke semua itu sabagai pemilikan sementara sebelum mereka akan diazab pada hari akhirat nanti.

Berputus Asa daripada Rahmat Allah

Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudian kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

3 comments:

MSG-Zone