Home

Monday, September 19, 2011

Membaca Surah-surah yang Pendek Bagi Imam

Assalamualaikum Semua :)

Kita selalu mengalami situasi di mana Imam membaca surah yang panjang selepas bacaan al-Fatihah. keadaan ini akan menjadi masalah kepada mereka yang dalam berurusan dan orang-orang tua. Info yang dikongsikan kali ini adalah untuk dijadikan panduan kepada mereka terutama imam solat berjemaah. Semoga kita mendapat manfaat dari entri ini. Insya-Allah..

Membaca Surah-surah yang Pendek Bagi Imam
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Selepas membaca surah Al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah terutama jika menjadi imam untuk jemaah orang tua atau kawasan orang tua atau kawasan orang sibuk bekerja. Bagi yang solat bersendirian, disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Arahan agar meringankan bacaan bagi seoran imam di kawasan awam ialah hadis yang menyebut teguran Nabi s.a.w. kepada Mu’az bin Jabal r.a. yang membaca surah al-Baqarah atau surah al-Nisa’ sepenuhnya sehingga terdapat makmumnya yang menamatkan solat dan beredar ketika ingin menyambung kerja lain. Apabila disampaikan kepada Nabi s.a.w.,

Baginda bersabda yang bermaksud:
“Kamu ini memang ingin menimbulkan fitnah wahai Mu’az.” (Riwayat al-Bukhari
Juga hadis Nabi yang bermaksud:
“Sesiapa antara kamu yang menjadi imam solat, hendaklah kamu ringinkan bacaanmu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara hadis yang lain bermaksud:
“Apabila seseorang kamu menjadi imam kepada manusia (ketika solat) ringankanlah bacaanmu kerana terdapat padanya (makmum kamu) anak-anak kecil, orang tua, orang yang lemah dan orang yang sakit, dan tatkala kamu solat bersendirian, maka solatlah kamu sebagaimana yang kamu inginkan.” (Riwayat Muslim)
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone