Home

Tuesday, September 13, 2011

Menutup Pintu Maksiat

Assalamualaikum Semua :)

Ehh ada ke pintu maksiat? Ingatkan ada pintu taubat je... Ermmm... sebenarnya kita sering terdedah dengan pintu maksiat dimana pintu ini la merupakan pintu yang membawa kita ke pintu neraka... Untuk tahu apakah pintu-pintu maksiat jom teruskan membaca.. Info ini dikongsikan kepada semua agar kita sentiasa ingat bahawa pintu maksiat ini akan menyusahkan kita di akhirat kelak. sama-samalah kita mencari pintu Taubat agar kita selamat di hari kemuadian.... Insya-Allah...

Menutup Pintu Maksiat
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis nabi s.a.w. yang bermasksud: “Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip di bawah diharap dapat membantu, Insya-Allah.

Ikhlas dan Menyerah Diri Sepenuhnya kepada AlLaH

Inilah perkara yang paling utama. Jika seseorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah. Allah pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerna ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada-Nya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.

Mujahadah (bersungguh-sungguh)


Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada
diperhambakan oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikkan dan keberkatan akan datang kepadanya.

Banyak Mengingati Akhirat.


Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam surge serta azab dan derita di neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengingati semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.

Sibuk dengan Hal ang Bermanfaat.


Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang mengheret kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat, maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

Menjauhi Punca Kembali Semula kepada Maksiat.


Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

Menunudukkan Pandangan.


Dari mata turun ke hati. Begituah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.

Bergaul dengan Orang Baik.


Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat oleh Allah.

Banyak Berdoa.


Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan dan iqamat dan sebagainya.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

2 comments:

  1. info yang menarik...moga kita terhindar daripada melakukan perkara maksiat

    ReplyDelete
  2. Kalu nak banyak lagi info2 yang menarik bacalah majalah Solusi... dalam tu banyak bahan2 yang berfaedah.... Insya-Allah... :))

    ReplyDelete

MSG-Zone