Home

Tuesday, September 27, 2011

Raihan - Bersatu + Lirik Lagu


Assalamualaikum Semua :)

Berdasarkan perkembangan semasa perhubungan masyarakat Islam masa kini, umat Islam mengalami krisis di mana sesama Islam bercakaran, bergaduh, tuduh menuduh, dengki mengdengki, berdendam, bermusuhan, saling mencari kesalahan masing-masing dan lain-lain perkara yang memecah belahkan masyarakat Islam. Perkara-perkara seperti ini tidak patut berlaku dalam masyarakat Islam, kerana agama Islam menitik beratkan perhubungan persaudaraan sesama Islam. Sentiasa perlu menjaga antara satu sama lain dan mengetahui hak-hak sesama orang Islam. Untuk mengetahui hak-hak sesama Islam boleh rujuk entri yang bertajuk Hak-hak Orang Islam.

Sedarlah orang-orang Islam, musuh kita sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Renungkanlah sejenak dan bertindaklah untuk kembali bersilaturahim. tak rugi pun kalau kita bersatu malah kita akan bertambah kuat dalam mengharungi cabaran-cabaran masa kini... kepada mereka yang arif dalam bidang agama Islam anda sepatutnya menyatukan orang-orang Islam bukan memecahkan lagi hubungan mereka... okeylah Sambil-sambil kita merenung mari dengarkan lagu Raihan ini. mesej yang disampaikan sangat mudah difahami. Semoga memberi manfaat yang berguna kepada kita..

Raihan - Bersatu


Menjadi Harapan Untukku Menyaksikan
Umat Yang Bertuah Ini Kembali Bersatu Hati
Buangkan Yang Keruh Ambillah Yang Jernih
Tiada Yang Lebih Berharga Selain Dari Perpaduan

Lupakanlah Segala Persengketaan
Hubungkan Kembali Tali Persaudaraan

Kerna Orang Beriman Itu Bersaudara
Saling Bertolong Bantu Berkasih Mesra
Agar Generasi Kita Di Masa Hadapan
Bangga Dengan Apa Yang Kita Wariskan

Menjadi Harapan Untukku Menyaksikan
Umat Yang Bertuah Ini Kembali Bersatu Hati

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh
Yang Berat Sama Dipikul
Yang Ringan Dijinjing Sama

Sepakat Membawa Berkat Asas Hidup Bermasyarakat
Amalkan Hidup Yang Sihat Selamat Dunia Akhirat

Lupakanlah Segala Persengketaan
Hubungkan Kembali Tali Persaudaraan ( 2x )

Kerna Orang Beriman Itu Bersaudara
Saling Bertolong Bantu Berkasih Mesra
Agar Generasi Kita Di Masa Hadapan
Bangga Dengan Apa Yang Kita Wariskan

1 comment:

MSG-Zone