Home

Monday, October 24, 2011

Amanah: Antara Cinta dan Cita-cita

Assalamualaikum Semua :) 

Apa khabar semua: harap semuanya sihat. Kali ini saya hendak kongsikan ilmu yang berkaitan dengan amanah. Setiap manusia diberi amanah untuk dilaksanakan. namun apakah amanah itu kita tunaikan dengan bertanggungjawab? Jika ya, Alhamdulillah dan jika tidak eloklah diperbaiki sebelum terlambat. sesungguhnya manusia selalu lalai. Semoga entri ini memberi manfaat kepada kita semua. "Ya Allah peliharalah hati hamba-Mu ini yang sering lupa dan alpa terhadap amanah yang diberikan. Jadikanlah aku insan yang soleh agar aku dapat menyempurnakan amanah-Mu." Amin...

Amanah: Antara Cinta dan Cita-cita
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Bayangkan: andainya seseorang yang dikasihi member sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola jarring; andainya seseorang yang dicintai meminta kita dating berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci mangkuk di dapur, andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di kompleks membeli-belah walaupun kita terpaksa memecahkan tabung ayam yang dibeli di Ayer Hitam.

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus, mencantas rebut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Menyatu Jiwa Dengan Amanah

Kata-kata diatas adalah sebagai penghubung kepada tanggungjawab yang dipercayakan. Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini adalah jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah.

Dari sudut psikologi, perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.

Apakah tiangnya itu? Tiangnya adalah cinta yang kukuh itu, dengan izin Allah s.w.t. kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini.

Istiqamah Memelihara Amanah

Sebagai pejuang Islam di medan kehidupan, kita wajib berbangga kita Muslim, dan wajib memelihara amanah ini:

Pertamanya. Memelihara mata – 
Melihat sesuatu yang perlu dalam menunaikan segala hajat. Juga, dapat melihat keajaiban serta keindahan ciptaan Maha Pencipta sehingga kita dapat mengambil iktibar daripadanya.

Keduanya. Memelihara telinga – 
Mendengar sesuatu yang memanfaat, lebih-lebih lagi keindahan ayat al-Quran dan hadis. Juga, dapat mendengar ilmu pengetahuan sehingga ilmu itu diamalkan menjadi bekalan pahala kepada nikmat di syurga kelak.

Ketiganya. Memelihara lidah – 
Memperkatakan sesuatu yang boleh diambil sebagai ilmu yang berguna kepada orang lain. Juga, dapat membaca bahan yang bermanfaat serta menyampaikannya sebagai usaha dakwah.

Keempatnya. Memelihara perut
– 
Memakan hanya makanan yang halal sumber rezekinya dan berpada serta tidak keterlaluan. Juga, sentiasalah mengingati orang yang tidak berpeluang menikmati rezeki yang diperolehi.

Kelimanya. Memelihara kemaluan –
 
Terpelihara kemaluan sekiranya kita menjaga mata daripada melihat yang haram. Menjaga hati daripada fikiran songsang, menjaga rezeki daripada sumber haram, kerana semuanya itu punca syahwat.

Keenamnya. Memelihara dua tangan – 
Memegang sesuatu yang mempunyai kepentingan ilmu dan menyampaikan hajat bermanfaat. Juga, menggunakannya untuk menulis sesuatu yang berilmu demi keagungan Islam.

Ketujuhanya. Memelihara dua kaki – 
Melangkah ke tempat yang bermanfaat untuk Islam dan ilmu demi meraih pahala. Juga, berjalan menuju ke suatu tempat bagi menjalin silaturahim untuk mengimarahkan dunia Islam.

Amanah Sebagai Simbol Cinta.

Di atas segalanya, peliharalah amanah kita sebagai seorang Islam yang sebenar dengan menjaga setiap waktu solat kita. Usahlah mengabaikannya sekiranya kita cinta kepada Islam. Ingatlah, amanah memelihara solat itu nanti menjadi persoalan utama di alam akhirat kelak dan ia menjadi symbol cinta kita terhadap Allah s.w.t.

Yang terakhirnya, istiqamah dalam amanah kita sebagai seorang Mukmin sebagaimana riwayat Muslim, daripada Abu ‘Amr Sufyab bin Abdullah al-Tsaqafi r.a. berkata: Aku berkata, “Wahai Rasullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang aku tidak memintanya kepada seorang pun kecuali padamu.” Rasullah s.a.w. bersabda: “Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah.”

 Dari Majalah Gen-Q Isu 2.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone