Home

Sunday, October 30, 2011

Batu Besar

Assalamualaikum Semua :)

Kita sering menghadapi masalah.. betulkan... kekadang masalah tu kecil je tapi kita merasakan ia adalah satu masalah yang besar dan sukar.. Kita sering mengandaikan ia besar kerana kita tidak berusaha mengatasinya terlebih dahulu. Kali ini saya hendak kongsikan satu cerita yang memberi pengajaran kepada kita. Untuk tahu apa pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ini semestinyalah kena baca sampai habis. semoga cerita ini dapat membuka minda sekiranya kita menghadapi sebarang masalah. Nilai dan kaji terlebih dalhuu sebelum kita membuat andaian.. :)

Batu Besar
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 35

Seorang petani mempunyai beberapa ekar tanah sawah yang sangat luas di sebuah kampung. Berbekalkan sedikit duit simpanan sebagai pendahuluan, petani tersebut membuat pinjaman dari sebuah bank bagi membeli sebuah traktor pembajak sawah.

Kerja membajak tahan sawah kini bertambah mudah berbanding menggunakan kerbau. Namun ada masalah lain pula yang dihadapinya. Setiap kali membajak tanah, pasti ada sebelah tajak yang dipasang pada traktor itu yang patah. Puncanya hanya satu. Ði tengah-tengah tanah sawahnya itu ada sebiji batu yang besar.

Setelah dua tahun berlalu, isterinya mencadangkan agar batu tersebut dikorek dan dialihkan dari tanah sawah mereka itu, agar tiada lagi berlaku bilah tajak yang patah.

Petani tersebut turun kembali ke bendang. Ði tenung lama-lama batu tersebut. Akhirnya dia mengambil sebatang kayu. Ðia ingin menduga kedalaman batu itu.

Ðia menuil sedikit pada sisi batu tersebut. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati kedalaman batu itu hanya kira-kira 5cm. Walaupun batu itu kelihatan besar, hakikatnya batu itu nipis.

Petani itu kembali membawa sebilah kapak. Ðigunakan belakang kapak dan mengetuk permukaan batu. Selepas tiga kali mencuba, batu tersebut pecah kepada beberapa kepingan kecil.

“Oh... rupanya senang aje nak pecahkan dan alihkan batu ini,” getus petani itu.

Pengajaran :
Manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah besar. Malah mereka sering berhadapan dengan masalah yang sama berulang kali kerana tidak yakin dengan kemampuan mereka menyelesaikan masalah. Hakikatnya, kemampuan dan potensi manusia menyelesaikan masalah itu lebih besar daripada masalah yang wujud.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35 

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone