Home

Saturday, December 17, 2011

Sifat Mazmumah (Tercela)

Assalamualaikum Semua

Dalam entri sebelum ini saya pernah kongsikan Sifat Mahmudah (Terpuji). Tapi kali ini pula saya hendak kongsikan lawan kepada sifat Mahmudah iaitu Sifat Mazmumah (Tercela). Se,oga pengkongsian yang sedikit ini memberi manfaat yang besar dalam kehidupan kita semua. Jom kita baca seterusnya apa yang telah digariskan oleh Imam Ghazali mengenai sifat mazmumah (tercela) ini..

“Ya Allah, Jauhkan Hati Ini Daripada Sifat Mazmumah (Tercela)” Amin  
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:

1. Gemar makan dan minum –

Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.

2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia) –

Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

3. Marah –

Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

4. Hasad, dengki dan iri hati –

Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.

5. Kasih pada harta –

Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh Islam.

6. Takbur –

Sebab takbur ilah keturunan (tinggi), kekuasaan, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).

7. Riyak –

Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukkan.

8. Ujub –

Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikkan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan dunia –

Hati yang sentiasa terpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

 Dari Majalah Gen-Q Isu Perdana.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone