Home

Monday, January 30, 2012

Ubat Penyakit Marah

Assalamualaikum Semua

Jumpa lagi di ruangan blog ni... Semua orang pernah marah atas pelbagai sebab. Namun sifat marah ini adalah sifat yang negatif yang patut kita hindari. Walaupun sukar ia tetap perlu dijauhi.. Apakah cara untuk kita menjauhikan diri dari sifat marah ini.? Untuk mengetahuinya, sila luangkan masa untuk membaca entri ini. mudah-mudahan ianya memberi pengajaran dan panduan kepada kita semua. Semoga bermanfaat... :)

Ubat Penyakit Marah
 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Sabar dan sentiasa mengawal perasaan marah atau emosi. Biasanya kalau kita mengawal perasaan negative dalam diri kita nanti hati kita jadi beku.

2. Usah bertangguh untuk memohon maaf kepada orang yang kita marahi. Biasanya kalau kita cepatcepat meminta maaf atau memaafkan nanti kita dijauhi daripada sifat bodoh.

3. Insaflah diri dengan mengingati bahawa kemarahan itu ditangkan seksaan Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak insaf nanti syaitan akan duduk di hati kita.

4. Sentiasa menghindarkan diri daripada sifat benci, dengki dan dendamterhadap orang lain. Biasanya kalau kita biarkan perasaan nagetif itu bersarang dalam hati nanti syaitan akan menyukai kita untuk dijadikan teman.

5. Selalulah memantapkan keimanan kita dengan kerap melakukan perbuatan yang baik. Biasanya kalau kita tidak melakukannya maka nanti perkara jahat mudah pula kita buat.

6. Inglah selalu bahawa Allah s.w.t. membenci sifat marah. Biasanya kalau kita tak beringat nanti syaitan mudah membawa kita ,elakukan perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t.

7. Tanamkan sikap lemah lembut dan sentiasa saling hormat-menghormati dengan orang lain. Biasanya kalau kita tidak bersikap begitu nanti orang lain akan takut untuk mendekati kita.

  Dari Majalah Gen-Q Isu 05.

Monday, January 23, 2012

Kenapa Hati Menjadi Keras

Assalamualaikum Semua


Apa khabar semua? Sudah lama tidak mengupdate blog nie.. apapun terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung di sini. Okeylah, Kali ini saya hendak kongsikan satu motivasi muhasabah diri yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. semoga ianya memberi manfaat kepada diri kita. Selamat mendengar.

Kenapa Hati Menjadi Keras

Sumber Gambar: Google

Credit to:  asmaq80


 

Monday, January 09, 2012

Manfaat Stress

Assalamualaikum Semua
Stress atau tekanan perasaan? Pernahkah anda stress? Sudah tentulah pernah Stress dengan pelajaran, pekerjaan, kawan, keluarga dan sebagainya. Bila stress macam-macam boleh berlaku kerana waktu itu keadaan fikiran kita terganggu. Okeylah, perkongsian kali ini adalah mengenai stress. Apa kata kita manfaatkan stress kita ke arah yang lebih positif. kerana jika kita berbuat sedemikian yang untungnya kita jugakan. Jom baca seterusnya. Semoga entri ini memberi manfaat dan faedah kepada pembaca. Insya-Allah.. Selamat mencuba.. :)



Manfaat Stress
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

ü  Stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.

ü  Stress akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.

ü  Stress kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.

ü  Stress keran merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.

ü  Stress kerana merasakan diri tiada percapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

ü  Stress kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

ü  Stress kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.
  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 39.

Sunday, January 08, 2012

Doa Agar Dipermudahkan Hisab

Assalamualaikum Semua

Apakah nasib kita di padang Mahsyar nanti? Mudah atau sebaliknya? Entri kali ini saya kongsikan satu lagi doa. Doa kali ini adalah doa agar dipermudahkan hisab kita. Semoga perngkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua... Insya-Allah.

Doa Agar Dipermudahkan Hisab
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya: “Ya Allah, permudahkanlah perhitunganku.” (Al-Misykat no. 5562)

Amalan

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Aisyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa dalam solat Baginda dengan doa ini.

Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasululllah s.a.w. tentang apakah yang dimaksudkan dengan hisab yang itu. Baginda menjawab yang bermaksudL “Allah s.w.t. melihat amalan dalam catatan amalan seseorang itu dan kemudian Dia memaafkannya begitu sahaja. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan atas dosanya akan binasa. Dan apa jua yang menimpa seseorang Mukmin itu menghapuskan dosanya hinggakan duri kecil yang menusuk kakinya sekalipun.”

Amalan membaca doa ini selepas solat fardhu dan sepanjang berada di Tanah Suci. Mudah-mudahan dengan limpah kurnia-Nya kita dianugerahkan rahmat-Nya, Insya-Allah.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, Telaga Biru Sdn Bhd.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 38.

Monday, January 02, 2012

Cahaya vs Kegelapan

Assalamualaikum Semua

Apa khabar semua? Apa azam tahun 2012 anda? Harap-harap apa yang kita azamkan akan tercapai, sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan. Okeylah, entri kali saya hendak kongsikan mengenai cahaya dan kegelapan? apa itu cahaya? apa itu kegelapan? kita kini berada dalam keadaan mana? bercahaya atau dalam kegelapan? untuk mengetahui teruskan membaca. Semoga memberi manfaat kepada semua dan semoga tahun ini memberi cahaa dalam kehidupan kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Insya-Allah.


Cahaya vs Kegelapan

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Cahaya. Itulah perkataan yang cukup sinonim dalam Islam bagi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri yang diibaratkan sebagai cahaya penyuluh ke jalan yang benar.

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah Pelindung orang yang beriman. Doa mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).” (Surah al-Baqarah 2: 257)

Dalam bahasa Arab, cahaya disebut sebagai Al-Nur dan al-Daw’. Namun dari segi istilahnya, ia membawa maksud yang berlainan. Al-Nur merupakan cahaya yang menerangi, manakala al-Daw’ adalah cahaya yang menerangio dan membekalkan haba (panas) seperti cahaya lampu dan lilin.

Malah, terdapat satu surah dalam al-Quran yang dinamakan dengan cahaya iaitu surah al-Nur. Dalam ayat ke-35, terdapat keterangan bahawa apabila seseorang Muslim melaksanakan sesuatu berdasarkan suruhan Allah, nescaya akan terpacar cahaya dalam dirinya dan akan keluar daripada kegelapan kepada cahaya.

Cahaya juga sering dikaitkan dengan ilmu. Cahaya ilmu mampu menghapuskan kegelapan perkara batil. Namun, perlu dingati bahawa hati orang yang melakukan maksiat tidak sewenang-wenangnya dimasuki cahaya ilmu.

Selain ilmu, terdapat banyak perkara dalam Islam yang dikaitkan dengan cahaya, antaranya, hidayah, solat, keadaan orang yang beriman, takwa dan sebagainya.
__________________________________________________________________

Aneh tetapi menarik. Cahaya dan kegelapan tidak mungkin wujud pada satu masa dan tempat yang sama. Cahaya dan kegelapan bersifat saling berlawanan.

Namun lebih aneh, antara cahaya dan kegelapan, masih ada yang memilih kegelapan. Adakah kerana tidak Nampak cahaya? Antara Islam dan kufur, ada yang memilih kufur, ada yang memilih untuk menjadi jahil berbanding memenuhkan dada dengan ilmu. Lebih teruk, ada yang memperjuangkan perkara batil berbanding suatu yang benar.

Ada cendekawan yang mengatakan bahawa kegelapan itu tidak wujud, yang wujud hanyalah cahaya. Apa hujahnya? Hujahnya mudah, kegelapan hanya akan wujud apabila cahaya tiada. Ini bermakna, jahil hanya akan wujud jika ilmu tiada. Sedangkan sudah diketahui bahawa ilmu itu cahaya.

Berada dalam kegelapan dan menunggu sinar cahaya dating menerangi tidak mungkin mengundang sebarang perubahan. Biar berada dalam apa jua kegelapan sekalipun, dalam diri seseorang manusia itu perlu berusaha untuk mencari cahaya. Begitu juga dengan kejahilan dalam ilmu, maka carilah ilmu sebagai kekuatan diri. Konsep yang utama, taubat nasuha dan berusaha.

Pintalah cahaya daripada Allah s.w.t. kerana hanya Dia yang member cahaya. Allah berfirman yang bermaksud: “Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah al-Nur 24:35)

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 39.


Sunday, January 01, 2012

Ucapan Tahun 2012

 Assalamualaikum Semua

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU....

◕▄███▄◕─ ◕▄██▄◕──◕▄███◕─◕▄███▄◕
◕▀─██◕-◕██──██◕──◕██◕─◕▀─██◕
◕─██◕─◕██──██◕──◕██◕─◕─██◕
◕██◕──◕██──██◕──◕██◕─◕██◕
◕█████◕─-◕▀██▀◕──-◕▄██▄◕-◕█████◕

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA... AMIN...