Home

Monday, January 02, 2012

Cahaya vs Kegelapan

Assalamualaikum Semua

Apa khabar semua? Apa azam tahun 2012 anda? Harap-harap apa yang kita azamkan akan tercapai, sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan. Okeylah, entri kali saya hendak kongsikan mengenai cahaya dan kegelapan? apa itu cahaya? apa itu kegelapan? kita kini berada dalam keadaan mana? bercahaya atau dalam kegelapan? untuk mengetahui teruskan membaca. Semoga memberi manfaat kepada semua dan semoga tahun ini memberi cahaa dalam kehidupan kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Insya-Allah.


Cahaya vs Kegelapan

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Cahaya. Itulah perkataan yang cukup sinonim dalam Islam bagi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri yang diibaratkan sebagai cahaya penyuluh ke jalan yang benar.

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah Pelindung orang yang beriman. Doa mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).” (Surah al-Baqarah 2: 257)

Dalam bahasa Arab, cahaya disebut sebagai Al-Nur dan al-Daw’. Namun dari segi istilahnya, ia membawa maksud yang berlainan. Al-Nur merupakan cahaya yang menerangi, manakala al-Daw’ adalah cahaya yang menerangio dan membekalkan haba (panas) seperti cahaya lampu dan lilin.

Malah, terdapat satu surah dalam al-Quran yang dinamakan dengan cahaya iaitu surah al-Nur. Dalam ayat ke-35, terdapat keterangan bahawa apabila seseorang Muslim melaksanakan sesuatu berdasarkan suruhan Allah, nescaya akan terpacar cahaya dalam dirinya dan akan keluar daripada kegelapan kepada cahaya.

Cahaya juga sering dikaitkan dengan ilmu. Cahaya ilmu mampu menghapuskan kegelapan perkara batil. Namun, perlu dingati bahawa hati orang yang melakukan maksiat tidak sewenang-wenangnya dimasuki cahaya ilmu.

Selain ilmu, terdapat banyak perkara dalam Islam yang dikaitkan dengan cahaya, antaranya, hidayah, solat, keadaan orang yang beriman, takwa dan sebagainya.
__________________________________________________________________

Aneh tetapi menarik. Cahaya dan kegelapan tidak mungkin wujud pada satu masa dan tempat yang sama. Cahaya dan kegelapan bersifat saling berlawanan.

Namun lebih aneh, antara cahaya dan kegelapan, masih ada yang memilih kegelapan. Adakah kerana tidak Nampak cahaya? Antara Islam dan kufur, ada yang memilih kufur, ada yang memilih untuk menjadi jahil berbanding memenuhkan dada dengan ilmu. Lebih teruk, ada yang memperjuangkan perkara batil berbanding suatu yang benar.

Ada cendekawan yang mengatakan bahawa kegelapan itu tidak wujud, yang wujud hanyalah cahaya. Apa hujahnya? Hujahnya mudah, kegelapan hanya akan wujud apabila cahaya tiada. Ini bermakna, jahil hanya akan wujud jika ilmu tiada. Sedangkan sudah diketahui bahawa ilmu itu cahaya.

Berada dalam kegelapan dan menunggu sinar cahaya dating menerangi tidak mungkin mengundang sebarang perubahan. Biar berada dalam apa jua kegelapan sekalipun, dalam diri seseorang manusia itu perlu berusaha untuk mencari cahaya. Begitu juga dengan kejahilan dalam ilmu, maka carilah ilmu sebagai kekuatan diri. Konsep yang utama, taubat nasuha dan berusaha.

Pintalah cahaya daripada Allah s.w.t. kerana hanya Dia yang member cahaya. Allah berfirman yang bermaksud: “Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah al-Nur 24:35)

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 39.


1 comment:

MSG-Zone