Home

Wednesday, February 29, 2012

Adab Seorang Rakan

Assalamualaikum Semua

Dalam kehidupan kita di dunia ini pasti kita mempunyai ramai rakan disamping kita, sentiasa bersama kita dan sebagainya. Tapi tahukah anda apa yang perlu ada untuk seorang rakan? Apakah adab yang perlu ada untuk menjadi seorang rakan yang baik. Hari ini saya mahu kongsikan tentang adab seorang rakan. di mana sebagai seorang rakan kita perlu tahu untuk menjamin diri kita menjadi seorang rakan yang bermanfaat kepada rakan kita. untuk mengetahuinya sudah pasti kenalah baca seterusnya.. hehe... Semoga entri ini memberi manfaat dan faedah kepada kita semua... Insya-Allah.


Adab Seorang Rakan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Rakan yang baik adalah orang yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan dan selalu member nasihat yang baik jika kita melakukan kesilapan dan menerima pandangan yang baik apabila dia melakukan kesalahan. Namun, pastinya ada adabnya:

1. Memulakan dengan member salam ketika bertemu. Usah berkata, “Hai!” tanpa mendoakan kesejahteraanya.

2. Membantu dengan kadar segera apabila diperlukan. Usah membiarkan rakan meminta tolong berkali-kali.

3. Menyembunyikan rahsia rakan. Usah mengadu-domba atau berkata-kata tentang diri rakan kepada orang lain.

4. Mendengar nasihat atau pandangan rakan. Usah melawan atau membantah perkataan rakan tanpa asas.

5. Memaafkan kesilapan rakan. Usah terlalu memaksa rakan untuk meminta maaf seandainya dia melakukan kesalahan.

6. Selalu mendoakan kesejahteraan rakan. Usah kita rupa dengan tidak mengendahkan kesihatan dan kebahagiaannya.

7. Berdiam dan dmendengar seketika rakan sedang bercakap. Usah suka mencelah sehingga rakan tidak senang untuk bercakap.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 07.

1 comment:

MSG-Zone