Home

Thursday, April 26, 2012

Pesanan Umar r.a.

Assalamualaikum Semua :)

Dikesempayan ini saya hendak kongsikan pesanan yang sangat bermanfaat kepada kita semua. Semoga pesanan ini menjadi panduan kepada kita untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini... jom teruskan membaca...

Pesanan Umar .r.a.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Ya Allah, 
Bukakanlah jiwaku kepada sesuatu yang
elok dan bermanfaat.

Umar r.a. berpesan:

1. Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit.
2. Sesiapa yang suka meremehkan orang, Maka dia tentu akan diremehkan orang lain.
3. Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4. Sesiapa yang banyak bicaranya tentu banyak pula dosanya.
5. Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.
6. Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya.
7. Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati.

Dari Majalah Gen-Q Isu 3.

Sunday, April 22, 2012

Doa Memohon Jodoh dan Keturunan yang Baik

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan doa untuk mendapatkan jodoh dan zuriat keturunan yang soleh. Semoga ianya bermanfaat untuk dikongsi.. Untuk mendapatkan doa-doa dari ayat-ayat al-Quran bolehlah anda beli Buku Ubat, Doa & Penyembuhan serta Khasiat Surah-surah al-Quran oleh Ustaz Sharhan Safie. Banyak doa-doa yang bagus untuk diamalkan... :)

Doa Memohon Jodoh 
dan Keturunan yang Baik
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Fadhilat Ayat :

Doa ini sesuai di baca orang-orang yang belum mempunyai
zuriat keturunan dan pasangan hidup. Sesuai juga dibaca oleh
setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua-dua ayat diatas merupakan doa Nabi Zakaria a.s.
agar diberi keturunan sebagai penyambung perjuangannya
menegakkan agama Allah. Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat
dalam Al-Quran Surah Al-Anbiyaa’ 21 : 89-90 dan Ali-Imran 3 : 38-41.

Di Petik Dari Buku:Ubat, Doa & Penyembuhan serta Khasiat Surah-surah al-Quran


Sunday, April 15, 2012

TELINGA – Lazimkan Mendengar Yang Baik.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Telinga? kenapa dengan telinga? Oklah Kali ini saya mahu kongsikan satu lagi info yang diambil dari majalah Iman 02. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..


TELINGA – Lazimkan Mendengar Yang Baik.
 Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Telinga adalah pancaindera yang dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk mendengar hal-hal yang baik dan positif, yang boleh membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Menadah telinga untuk mendengar cacian, umpatan, gossip dan kata-kata nista perlu kita elakkan sama sekali. Gunakanlah telinga untuk mendengar perkara-perkara bermanfaat dan boleh membawa kita mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya iringilah telinga dengan ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis, mendengar ceramah agama serta motivasi dan sebagainya.

Jika telinga hanya digunakan untuk mendengar lagu-lagu dan muzik kegemaran sepanjang hari sehingga lupa ilmu-ilmu agama, tidak mustahil ia akan mengeras dan mematikan hati.

Telinga juga amat berkaitan dengan lidah kerana fungsi telinga mendengar kata-kata yang diluahkan melalui lidah. Tetapi inglah firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur: 24:”…. Pada hari (ketika lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Sebab itu, lazimkan diri untuk mendengar yang baik-baik dan positif agar kita selamat di akhirat, begitu juga di dunia. Apabila membiasakan diri mendengar kata-kata positif, kita akan lebih bermotivasi dan Insya-Allah beroleh kejayaan dalam bidang diceburi.


Dari Majalah IMAN Bil: No 2


Wednesday, April 11, 2012

Jiwa Sakit



ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Hari ini, saya hendak kongsikan sedikit info mengenai jiwa yang sakit. mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada kita semua.


Jiwa Sakit
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Anggota-anggota tubuh yang sakit boleh kita Nampak kelemahannya. Contohnya, seorang yang sakit kaki tidak dapat berjalan dengan elok, mungkin terhenjut-henjut, yang sakit tangan tidak dapat menggerak atau menggunakannya seperti biasa, tangannya terbalut, yang sakit tekak akan mengeluarkan suara serak atau tidak keluar suara langsung. Tetapi bagaimana dengan jiwa?

Jiwa yang sakit dipancarkan dengan sifat-sifat yang rendah dan kelakuan-kelakuan yang buruk. Mereka yang jiwanya sakit mempunyai budi pekerti rendah seperti banyak penyakit-penyakit hati.

Seperti anggota-anggota badan yang dijadikan tidak sempurna, dan memerlukan zat daripada makanan untuk menjadi sempurna dan kuat, begitu juga dengan jiwa. Memperelokkan jiwa adalah dengan memelihara dan mendidik akhlak serta mengisinya dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Jiwa yang suci dan terdidik adalah jiwa yang sihat.

 Dari Majalah IMAN Bil: No 2

Rahsia Muka Manis

ASSALAMUALAIKUM SEMUA


Hari ini saya hendak kongsikan satu info yang menarik iaitu rahsia muka manis... semoga pengkongsian yang ringkas ni memberi manfaat kepada para pembaca yang membacanya... Selamat membaca... :)


Rahsia Muka Manis
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Abu Yazid Al-Busthami, seorang pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, “Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu Rasulullah s.a.w. adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w. salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.’

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilanya. Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdulillah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Dari Majalah IMAN Bil: No 2