Home

Sunday, April 15, 2012

TELINGA – Lazimkan Mendengar Yang Baik.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Telinga? kenapa dengan telinga? Oklah Kali ini saya mahu kongsikan satu lagi info yang diambil dari majalah Iman 02. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..


TELINGA – Lazimkan Mendengar Yang Baik.
 Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Telinga adalah pancaindera yang dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk mendengar hal-hal yang baik dan positif, yang boleh membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Menadah telinga untuk mendengar cacian, umpatan, gossip dan kata-kata nista perlu kita elakkan sama sekali. Gunakanlah telinga untuk mendengar perkara-perkara bermanfaat dan boleh membawa kita mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya iringilah telinga dengan ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis, mendengar ceramah agama serta motivasi dan sebagainya.

Jika telinga hanya digunakan untuk mendengar lagu-lagu dan muzik kegemaran sepanjang hari sehingga lupa ilmu-ilmu agama, tidak mustahil ia akan mengeras dan mematikan hati.

Telinga juga amat berkaitan dengan lidah kerana fungsi telinga mendengar kata-kata yang diluahkan melalui lidah. Tetapi inglah firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur: 24:”…. Pada hari (ketika lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Sebab itu, lazimkan diri untuk mendengar yang baik-baik dan positif agar kita selamat di akhirat, begitu juga di dunia. Apabila membiasakan diri mendengar kata-kata positif, kita akan lebih bermotivasi dan Insya-Allah beroleh kejayaan dalam bidang diceburi.


Dari Majalah IMAN Bil: No 2


1 comment:

  1. Insya Allah, kita jaga telinga kita dari hal2 yang tidak diridhoi oleh Allah Subhaanahu Wata'ala.
    Syukron... Materi yang bermanfaat. Semoga Barokah.

    <'@II< maH-Taj ^_^ !!

    ReplyDelete

MSG-Zone