Home

Tuesday, July 10, 2012

6 Sebab Dosa Kecil Jadi Dosa Besar

Assalamualaikum Semua :)

Ok, Entri kali ini saya hendak kongsikan sebab-sebab dosa kecil menjadi dosa besar. Semoga kita dijauhi daripada perkara-perkara seperti ini... Insya-Allah

6 Sebab Dosa Kecil Jadi Dosa Besar


Imam al-Ghazali di dalam salah sebuah kitabnya mengingatkan bahawa dosa-dosa kecil boleh menjadi dosa besar dengan beberapa sebab, iaitu:

1. BERTERUSAN MELAKUKAN DOSA ITU TANPA HENTI-HENTI.

Persis titisan air yang jatuh di atas batu. Jika berterusan, lama kelamaan batu itu akan berkesan. Begitu juga dengan dosa-dosa yang dianggap kecil, jika dilakukan setiap hari akan member kesan yang besar kepada pelakunya. Sebab itu dikatakan:

“Bukanlah namanya dosa kecil jika dilakukannya dengan terus menerus, dan bukanlah dikira dosa besar lagi sesudah dipohonkan keampunan.”

2. MEMANDANG RINGAN DOSA YANG DILAKUKAN.

Orang yang memandang ringan terhadap amalan-amalan dosa yang menjadi kelazimannya, nebffanvarkan kesan dosa tersebut telah melekat di hatinya. Hati sepatutnya disinari dengan pelbagai amal ketaatan dan dilindungi dari amal keburukkan.

Seharusnya, setiap dosa dipandang berat dan besar kerana perasaan begitu akan menimbulkan perasaan kurang senang dan benci di dalam hati terhadap dosa dan perasaan itu akan menahan seseorang dari mengulangi dosa tersebut.

Seorang mukmin akan memandang dosanya seperti gunung yang akan menghempapnya pada bila-bila masa. Sedangkan orang munafik memandang dosa seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya. Dan mengusirnya saja.

3. BERASA GEMBIRA DAN SENAG APABILA MELAKUKAN DOSA KECIL.

Setiap kali seseorang berasa seronok dengan dosa kecil yang dilakukannya, dosa itu akan menjadi besar dan berat akibatnya, sehingga meninggalkan kesan yang hitam dalam hati.

Awaslah jika berkata “Puas hati aku, tembelangnya dah pecah dan dia malu besar”, “Aku Berjaya menipunya”, “Padan muka, aku dah jatuhkan maruah dia.” Dan sebagainya.

Perkara-perkara sebegini boleh menyebabkan dosa-dosa kecil menjadi besar kerana mempunyai unsure-unsur yang membinasakan.

4. MEMANDANG REMEH JIKA ALLAH S.W.T. MENUTUP DOSA YANG DILAKUKAN.

Orang sebegini menganggap Allah s.w.t. menutup dosanya kerana inayah-Nya dan meneruskan perbuatan dosa itu. Orang ini terkeliru kerana kebodohannya disebabkan sifat ghurur telah menguasai sifat ini membuat seseorang menilai sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang baik.

5. BERMEGAH DIRI KERANA MEMBUAT DOSA ITU.

Menyebut-nyebut maksiat yang dilakukan atau melakukannya tanpa segan silu di hadapan orang lain adalah ‘jenayah’ yang berat untuk diri sendiri. Allah s.w.t. menutup dosa itu, tetapi si pelakunya pula bermegah-megah dengan dosanya.

Jika orang yang mendengar atau melihat mengikut jejaknya melakukan dosa yang sama, keadaan menjadi lebih teruk lagi. ‘Jenayahmya’ boleh dianggap ‘jenayah’ berganda.

6. JIKA MELAKUKAN DOSA ITU ORANG ALIM, DAN PERBUATANNYA DIIKUTI PARA PENGIKUTNYA.

Sabda Nabi s.a.w. “sesiapa menganjurkan sesuatu perbuatan yang buruk (jahat), maka dia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang mengikutnya. Tiada terkurang walau sedikit pun dari dosa-dosa mereka itu”

Maka sebaiknya orang alim yang mempunyai pengikut melakukan amal-amalan yang baik, kerana jika ada yang mengikutnya, dia juga akan mendapat pahala berganda.


Dari Majalah IMAN Keluaran Bil No 5

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share




1 comment:

  1. Assalamualaikum :)

    Maaf yea mengganggu .Nak minta tolong skit boleh ?

    Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

    1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


    2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


    TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

    ReplyDelete

MSG-Zone