Home

Wednesday, July 18, 2012

Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah

Assalamualaikum Semua :)

Bahagia? Semua orang pasti ingin bahagia.. bagaimana cara atau kaedahnya untuk kita mencapai kebahagiaan yang kita inginkan? Sebagai seorang Islam kita ada kitab suci Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk kita mencapai tahap kebahagia. untuk mengetahuinya jom baca apa yang saya kongsikan ini. mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT 
AL-QURAN DAN SUNNAH


1. BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

“Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman maka kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.”
(Surah al-Nahl 16: 97)

Ibn ‘Abbas r.a. meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah (berasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibn ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.

2. BANYAK MENGINGATI ALLAH.

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah-gulana. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Surah al-Ra’d 13: 28)

3. BERSANDAR KEPADA ALLAH.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman, bermaksud : “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya.”
(Surah al-Talaq 105: 3)

4. SENTIASA MENCARI PELUANG BERBUAT BAIK.

Berbuat baik kepada makluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan member ketenangan hati.

Firman-Nya, bermaksud: “Tidak ada kebaikkan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (Surah al-Nisa’ 4: 114)

5. TIDAK PANJANG ANGAN-ANGAN TENTANG MASA DEPAN DAN TIDAK MERATAPI MASA SILAM.

Fikir tapi jang khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu dating. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: ‘Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah : ‘Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka kepada amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

6. MELIHAT “KELEBIHAN” BUKAN KEKURANGAN DIRI.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah s.a.w. bersanda yang bermaksud:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak melemahkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7. JANGAN MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH MANUSIA.

Ketika melakukan sesuatu kebikkan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”

Firman Allah: “Sesungguhnya kami member makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” (Surah al-Insan 76: 9)

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 6

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

1 comment:

MSG-Zone