Home

Monday, November 19, 2012

Adab-adab Hutang

Assalamualaikum Semua :)

Dah lama tak update blog... :) Hari ni saya nak kongsikan adab orang berhutang... semoga ianya memberi manfaat kepada mereka yang hendak berhutang dan memberi hutang.. Insya-Allah

ADAB-ADAB HUTANG


 ADAB ORANG YANG BERHUTANG

1. Tidak berhutang kecuali dalam keadaan darurat.
Seseorang itu tidak dibolehkan berhutang untuk membeli sesuatu dan bermegah-megah dengannya atau berniat untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dengan wang pinjaman tersebut.

2. Niat untuk menjelaskan hutang.

Berniatlah untuk menjelaskan hutang kerana Allah akan membantunya.

3. Berusaha untuk berhutang dengan orang yang soleh.

Orang yang soleh tidak akan mencemarkan nama baik orang yang berhutang, menyebarkan tentang hutang tersebut dan tidak mengungkit-ungkit pemberiannya.

4. Sesuai dengan kemampuan.

Untuk meminimumkan kadar hutang mencukupi untuk memenuhi keperluan dan bukan menampung kehendak diri sendiri.

5. Melunaskan hutang pada waktunya dan tidak bertangguh-tangguh.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :

“Orang yang menunda untuk melunaskan hutang (padahal dia boleh melunasinya) ialah orang yang zalim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Membayar hutang dengan cara yang baik.

Antara adab yang boleh dilakukan seperti menepati waktu menjelaskan hutang, berterima kasih kepada pemberi hutang dan menggantikan sesuatu yang lebih baik bagi barang yang dipinjam.

ADAB ORANG YANG DIHUTANG
1. Memasang niat yang baik ketika member hutang.

Berniatlah untuk menolong seseorang kerana Allah dan mendapat pahala atas perbuatan tersebut. Allah menyukai seseorang yang membantu saudaranya keluar daripada kesusahan.

2. Bersikap baik apabila ingin menuntut hutang.

Apabila ingin menuntut hutang, bersikaplah dengan sifat lemah lembut dan bermurah hati. Jangan mencaci penghutang atas kekurangannya dan memburukkan nama baiknya.

3. Bertolak ansur kepada penghutang

Antaranya dengan memberikan tempoh waktu yang sewajarnya untuk menjelaskan hutang.l Janganlah membelenggukan penghutang dengan tempoh waktu yang singkat untuk dia menjelaskan hutangnya. Allah menjanjikan keselamatan pada hari kiamat bagi orang yang memudahkan urusan orang yang sukar membayar hutang.

4. Menghapuskan hutang bagi orang yang tidak mampu membayarnya.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Terdapat seorang pedagang yang suka member hutang kepada manusia. Apabila melihat ada yang tidak mampu membayarnya, dia berkata kepada pembantunya: ‘Maafkan sahaja dan hapuskan hutangnya. Semoga Allah memaafkan kita.’ Maka Allah pun memaafkan (dosa-dosanya).”
  (Riwayat al-Bukhari)

ADAB BERKENAAN HUTANG PIUTANG.
1. Menulis perkara yang berkaita hutang.

Allah memerintahkan untuk mencatatkan segala urusan hutang piutang seperti yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 282. Ia wajib dilakukan dengan sikap amanah dan secara terperinci. Selain itu, ia dilakukan untuk menjaga nama baik orang yang berhutang dan menghindari dirinya daripada tuduhan tidak bertanggungjawab atau tidak memegang amanah.

2. Ada saksi.

Urusan hutang piutang perlu disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil dan boleh dipercayai sebagai penguat bagi catatan hutang yang telah dibuat. Jika tiada, hadirkan seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 45


2 comments:

  1. Betulkan minta hutang ni 3 kali je? Lepas tu klu penghutang tak byr kita niat sedekah shj

    ReplyDelete

MSG-Zone