Setiap kali kita menyambut sesuatu peristiwa mesti kita akan memberikan ucapan kepada mereka yang tersayang tidak kiralah sempena Hari kelahiran, Hari Merdeka, Hari ibu, Hari Bapa, Maulidur Rasul, Awal Muharam, Tahun Baru, dan termasuklah Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak mahupun Hari Raya Aidilfitri.. Pasti ada berbagai-bagai jenis ucapan yang direka cipta oleh mereka-mereka yang pandai menggunakan bahasa-bahasa yang indah.... Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa SMS yang diterima oleh sya sempena Sambutan Bulan Ramadhan.. kepada rakan-rakan yang ada ucapan-ucapan yang menarik bolehlah kongsikan di sini... okey... :)
Ucapan SMS
Sempena Ramadhan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Tirai Syaaban telah berlabuh,Lambaian Ramadhan sudah tiba,Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah.Selamat menunaikan ibadah puasaDan Salam Ramadhan Al-Mubarak.Memohon kemaafan dari hati yangikhlas atas kesalahan selama iniBaik yang besar ataupun kecil.Yang Nampak ataupun tak nampakDan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hatiHarap dimaafkan.
Jika HATI sejernih AIR, Jangan dibiar ia KERUH
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biar ia MENDUNG,
Jika HATI seindah BULAN, Kekalkan ia dengan IMAN.
SALAM RAMADHAN.
Indahnya DUNIA hanya sementara,Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapiIndahnya Ramadhan tak dapat ditukar gantiSALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Dalam senyum ada lukanya
Dalam gembira ada sendunya
Dalam pahit ada manisnya
Dalam semanis kurma ada ustaz dan ustazahnya
Hehe Semoga ibadah kita diterima-Nya
Dan mendapat keberkatan dari-Nya
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Bulan Ramadhan telah tiba
Ampun dan maaf pada semua
Atas segala salah silap dan kata-kata
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya
Salam, Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang amat dirindui,
Semoga amalan kita lebih berlipat ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. Amin
Selamat berpuasa pada semua saudara2ku sahabat handaiku. semoga ramadhan kali ini kita beroleh sesuatu yang berharga daripada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
slmt brpuasa =)
ReplyDeletejgn puasa yang yok sudaa..hehe~