Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, July 10, 2012

7 Cara Memujuk Rakan Emo

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan cara untuk memujuk rakan atau kawan kita yang emosional.. semoga pengkongsian ini membantu anda untuk memujk mereka. Insya-Allah

7 Cara Memujuk Rakan Emo


Secara ringkas perkataan ‘ emo’ diambil daripada perkataan ‘emosional’. Emosional dalam kamus dewan edisi keempat membawa maksud, cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan. Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emosi ialah sesuatu yang bersifat negative. Contohnya seperti mencampak barang-barang di sekelilingnya, bercakap sendirian, memaki hamun, murung, berteleku di sudut bilik, sentiasa berasa serba-salah dan berbagai lagi.

Apa yang patut kita buat untuk menghadapi rakan yang emo? Insya-Allah di sini disebutkan 7 cara yang sesuai:

1. MENGAMBIL WUDUK.

Kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wuduk. Sambil memujuk, kita katakana bahawa air basahan wuduk boleh menyejukan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.

2. MENULIS SESUATU YANG POSITIF.

Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya. Kemudian katakana kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakana bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran kea rah yang lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.

Kita duduk dihadapannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakana kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG

Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti nak makan apa, nak minum apa, nak membaca apa, nak menonton apa…. Apa-apa sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat. Kalau boleh, kita lakukan bersama-sama.

5. BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING.

Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakan. Tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6. MEMINTA MAAF.

Ringankan lidah kita untuk meminta maaf andainya kita yang menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu. Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Kita katakana kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.

Jika rakan emo kita seorang yang agak degil kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk. Seperti adik beradiknya, atau kawan karibnya, atau gurunya, atau sesiapa saja yang kita lihat ada potensi yang rakan emo kita itu dapat meluahkan perasaan. Tetapi kita kena ingat, seseorang yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan agama yang baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling atau ustaz/ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.

Dari Majalah Gen-Q Keluaran Isu no 4

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

1 comment:

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download