Assalamualaikum Semua :)
Setiap daripada kita pasti ingin bertaubat tetapi kadang-kadang kita mempunyai berbagai-bagai alasan. Ok kali ini saya hendak kongsikan alasan-alasan yang sering digunakan.. tapi kita patut mengubah cara berfikir kita supaya kita tidak lagi memberi alasan-alsan yang sebenarnya tidak memberi manfaat kepada kita malah akan memberi mudarat.. Jom UBAH sebelum REBAH...
INGIN BERTAUBAT TETAPI....
Masih ramai daripada kiya yang member pelbagai alas an untuk menangguhkan taubat atau ‘segan’ dengan Allah hendak bertaubat. Pangkah alasan-alasan tersebut dengan memprogramkan balik minda kita dengan skrip berikut:
☻ Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua baru bertaubat, kemudian baru focus kumpul pahala.
☺ Mari kita mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.
☻ Dosa terlalu banyak, khuatir kalau-kalau Allah tidak akan ampunkan.
☺ Aku yakin Allah yang bersidat Maha Pengampun (al-Ghaffaar) pasti tidak akan sia-siakan taubat aku kalau aku ikhlas dan bersungguh-sungguh.
☻ Dah terlambat untuk bertaubat.
☺ Ustaz pernah bagi ceramah, katanya ‘Pintu taubat hanya akan tertutup apabila nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur. Selain itu, pintu taubat terbuka luas.” Ha… masih sempat lagi aku bertaubat ni!
☻ Dosa dah sebati dengan jiwa, susah hendak ubah tabiat, apalgi hendak bertaubat.
☺ Hati berada dalam kekuasaan Allah. Di mana ada semut di situ ada gula. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
☻ Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih melakukan dosa lagi.
☺ Aku ini hanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan dosa. Yang penting aku perlu sedar aku telah berdosa dan cepat-cepat bertaubat. Taubat berkali-kali pun tidak apa.
☻ Aku rasa aju tidak pernah buat dosa besar. Buat apa nak bertaubat?
☺ Walaupun dosa kecil, tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Lebih baik aku bertaubat. Risau kalau-kalau dosa kecil dianggap remeh pula nanti.
☻ Nanti apabila nak tunai haju baru nak taubat sungguh-sungguh.
☺ Ish, takkan aku nak bertaubat pun kena tunggu musim. Kalau nak tunggu musim naik haji dulu baru bertaubat, mesti dah beruban. Aku azam ingin bertaubat setiap hari. Lagipun Rasulullah yang maksum pun beristighfar 100 kali setiap hari inikan aku manusia biasa.
☻ Bukankah hanya orang yang berdosa sahaja yang bertaubat? Kalau tidak berdosa tidak perlulah bertaubat.
☺ Tidak perlu aku tunggu apabila dah berdosa baru hendak bertaubat. Apa salahnya kalau selalu bertaubat.
☻ Saya ingin bertaubat, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang.
☺ Ala… mula-mula je manusia mengata. Biasalah, hendak berubah baik ni ada cabaran sikit. Lagipun mereka tidak boleh bantu pun aku di akhirat kelak. Yang penting Allah reda dan suka dengan aku.
☻ Kalau aku berubat, maknanya aku kena tinggalkan semua duit haram ini.
☺ Ish, tak nak la di dunia hidup gembira dan seronok, tetapi di akhirat meraung kena azab. Aku ingin buat pilihan yang tepat dan bijak. Bertaubat sebelum terlambat.
Dari Majalah Solusi Keluaran Isu mo 46 (Dapatkan Dipasaran)
Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share
Jom Tag & Kongsikan, Agar Ianya Memberi Manfaat Kepada Kita Semua. Insya-Allah
Jom Tag & Kongsikan, Agar Ianya Memberi Manfaat Kepada Kita Semua. Insya-Allah
teruskan ye!:) moga istiqamah
ReplyDelete