Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Kisah dan Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Kisah dan Pengajaran. Show all posts

Wednesday, March 07, 2012

Kerbau dan Keldai

Assalamualaikum Semua ♥

Entri kali ini saya hendak kongsikan kisah kerbau dan keldai, semoga kisah ini memberi pengajaran dan manfaat kepada kita semua.. Yang baik kita jadikan panduan dan yang buruk kita ketepikan dan jadikan pengajaran yang berguna. Insya-Allah... :) Selamat membaca...


Kerbau dan Keldai
Sumber Gambar: Majalah Solusi isu 40

Di sebuah ladang terdapat seekor kerbau dan seekor keldai yang membantu petani mengerjakan kerbun sayur . Mereka berdua bekerja keras saban hari dibawah terik matahari, enam hari seminggu .

Si kerbau yang kepenatan mencadangkan sesuatu kepada si keldai :

Kerbau : "Apa kata esok kita berpura-pura sakit? Bolehlah kita berehat"

Keldai : "Eh , mana boleh ! Engkau tak nampak masih banyak lagi kerja kita yang belum selesai?"

Kerbau : "Alaa, berehat sehari pun cukuplah"

Keldai : "Terpulanglah pada engkau, aku akan bekerja seperti biasa"

Keesokann harinya, si keldai bekerja sendirian. Melihat si kerbau lemah tidak bermaya, pemiliknya memberikannya rumput segar untuk diragut. Sebaik melihat keldai balik dari ladang, si kerbau bertanya:

Kerbau : "Bagaimana hari ini? Penat?"

Keldai : "Mestilah penat, aku bekerja seorang diri hari ni"

Kerbau : "Banyak kerja yang engkau dapat siapkan?"

Keldai : "Sedikit saja, aku bukannya gagah perkasa macam engkau"

Kerbau : "Tuan ada cakap apa-apa pasal aku?"

Keldai : "Tak ada"

Keesokan harinya si kerbau curi tulang lagi. Alasannya kurang sihat . Sebaik melihat keldai pulang, si kerbau bertanya :

Kerbau : "Engkau okey? Bagaimana kerja engkau hari ini?"

Keldai : "Aku penatlah, sedikit saja kerja aku boleh siapkan"

Kerbau : "Tuan ada cakap apa-apa pasal aku?"

Keldai : "Tak ada, tapi aku ada dengar tuan berbincang sesuatu dengan tukang sembelih tadi"

Gulp ! Si kerbau mengelabah

Pengajaran : Sikap terlalu kerap memberi alasan agar dapat melepaskan diri daripada sebarang tugasan hanya akan memudaratkan diri sendiri.  

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 40.



Friday, December 23, 2011

Isteri Saya Hilang

Assalamualaikum Semua ♥

Apa khabar? Di kesempatan ini saya hendak kongsikan sebuah cerita yang memberi pengajaran kepada sesipa yang membacanya. Semoga kita dapat mengenali insan yang kita sayangi daripada mengenali harta benda atau material kita. Insya-Allah :).Bagaimana Suami anda kalau macam nie? mari baca seterusnya.


Isteri Saya Hilang

Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 38

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot."

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kerdit tak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Produa Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Pengajaran : Adakah ada ketikanya metarial lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah kerumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 38.



Thursday, December 15, 2011

Mimpi Seekor Nyamuk

Assalamualaikum Semua ♥

Entri kali ini saya hendak kongsikan cerita mengenai mimpi seekor nyamuk. untuk tahu cerita seterusnya jom kita baca... Semoga entri ini memberi pengajaran dan manfaat kepada kita semua.. Insya-Allah

Mimpi Seekor Nyamuk
Sumber: Solusi Isu 38


Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang hijau : "Aku bermimpi semalam."

"Kau mimpi apa?"

"Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat."

"Wah, tu mimpi yang hebat!"

"Ya dan aku sangat gembira."

Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis. Keesokan harinya, sang nyamuk bercerita lagi. 

"Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ni lebih hebat. Aku mimipi WHO(World Health Organization) telah mengharamkan pengunaan sebarang jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya! Tak perlulah lagi aku terbang lintang-pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk."

"Hah, hah, hah! macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam."

Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari. Hari yang berikutnya, sang belalang hijau pula menegur sang nyamuk : "Engkau bermimpi indah lagi? tersenyum memanjang."

"Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ni!"

Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

Pengajarannya: Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup amal sehingga berangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah amalan yang dilakukan dengan campuan dua ramuan; khauf (takut) dan raja'(harap).
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 38.

Sunday, December 04, 2011

Aurat - Antara Tutup dan Bungkus

Assalamualaikum Semua ♥

Kali ini saya hendak kongsikan mengenai perbezaan antara tutup dan bungkus. Mungkin ada di antara anda yang telah membacanya namun saya tetap akan kongsikan di sini agar ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua terutama kepada mereka yang berkenaan. Jadikanlah ia sebagai panduan dan pengajaran agar kita terhindar dari melakukan dosa.. Insya-Allah..Mari kita baca seterusnya :)  ♥♥♥♥♥

Aurat - Antara Tutup dan Bungkus
TUTUP vs BUNGKUS

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS ape? 
Ahmad: Alaaa, nasi lemak. 
Aisyah: Aik? Mane ko tau? 
Ahmad: Aku nampak nasi terkluar sikit tu. Lagi pun aku tau ko memang jual nasi lemak. 
Aisyah: Ok2. Cube teka nasi lemak ni banyak ke sikit? 
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la. 
Aisyah: Ha? Camane ko tau ni? 
Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi. 
Aisyah: Pandainye ko ni. 
Ahmad: Bukan aku yang pndai, ko yang tak pndai. Haha. 
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cube teka aku TUTUP ape dengan tudung saji ni? 
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng? 
Aisyah: Salah. 
Ahmad: Telur dadar? 
Aisyah: Salah lg. 
Ahmad: Karipap? 
Aisyah: Salah jugak. 
Ahmad: Fail MQA? 
Aisyah: Ish. Lagi la salah. 
Ahmad: Abis tu ape? Mane la aku nak tau ape yang ko TUTUP tu. 
Aisyah: Nasi lemak laa. Cube teka banyak ke sikit? 
Ahmad: Ceh. Mane aku nak tau. Malas la jawab.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan
Selamat beramal~ ;)

Sunday, November 20, 2011

Itu Hartaku

Assalamualaikum Semua ♥

Alhamdulillah masih ada waktu untuk saya mengupdate blog ini. Hari ini saya hendak kongsikan sebuah cerita mengenai orang yang bakhil. Bakhil ialah orang yang kedekut yang teramat sangat... Adakah anda ada sifat sebegini? jika ada eloklah dibuang jika tidak ia tidak akan membawa kita ke syurga.Gunakanlah kekayaan yang dimiliki sebagai penambah pahala. bukannya penambah dosa. Ingat kekayaan harta didunia tidak akan dibawa mati. yang dibawa hanya amalan dan kebajikan. Semoga kisah ini mengajar kita erti bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Jom baca seterusnya... :)


Itu Hartaku
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 37

Di sebuah kampong tinggal seorang lelaki kaya yang sangat kedekut. Setiap hari dia hanya berfikir tentang cara menambah harta kekayaannya dan mengelakkan hartanya daripada digunakan.

Dia berjalan-jalan ke kampung berhampiran, mencari idea. Dia mendapati penduduk kampong itu kebanyakkanya pemurah. Apa lagi, lelaki bakhil itu pun berhasrat menetap di kampong tersebut, jauh daripada risiko orang yang datang meminta-minta itu ini.

Di kampong itu dia menyamar sabagai seorang yang miskin, setiap hari dia akan keluar meminta-minta. Bahagianya lelaki bakhil itu makan minum, pakaian dan keperluan hariannya ditanggung penduduk kampong tersebut.

Apabila pulang ke rumah, dia hanya menghitung-hitung duit emas dan perak yang dimilikinya. Malah dia juga mempunyai seekor kambing betina yang menghasilkan susu yang banyak, namun bagi mengelakan daripada berkongsi susu kambing itu, dia rela mengurung kambingnya di dapur rumahnya.

Lama kemudian, penduduk kampong mengetahui bahawa lelaki tersebut sebenarnya kaya namun kedekut.

Suatu hari, seorang musafir menunggang kuda menghampiri rumahnya. Sebaik sahaja dilihatnya kuda itu menghampiri, pantas lelaki bakhil itu menjerit: “pergi, pergi! Rumahku tiada apa-apa!”

Lelaki musafir tersebut tidak berkata apa-apa, lalu meneruskan perjalanan masuk ke kampong. Penduduk kampong itu bersikap pemurah datang menghulurkan minuman dan makanan, member pakaian bersih dan menyediakan tempat yang selesa untuk dia bermalam dan beristirehat.

Setelah beberapa hari, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanannya.

Beberapa hari kemudian, dia kembali semula dengan beberapa buah peti berisi emas. Barulah penduduk kampong tahu bahawa si musafir yang mereka bantu itu sebenarnya ialah seorang raja.

Bagi membalas jasa penduduk kampong, dia menghadiahkan emas dan hartanya kepada mereka dalam suatu majlis jamuan makan besar-besaran.

Dalam kemeriahan majlis, terdengar suara tangisan. Si raja bertanya: “Siapakah itu dan mengapa dia menangis?”

“Itu lelaki bakhil yang menetap di hujung kampong. Dia menangis kerana menurutnya harta yang tuanku bahagi-bahagikan ini sebenarnya dia yang lebih berhak memilikinya, terang mereka.”

“Kenapa dia berkata demikian sedangkan beta yang mahukan harta ini dibahagi-bahagikan kepada kamu semua?”

“Dia mendakwa harta ini miliknya, sebab dia orang pertama yang menemui Tuanku semasa Tuanku mula masuk ke kampong ini dulu.”

“Kamu para penduduk kampong ini memag pemurah, tetapi tidak disangka ada juga orang yang bakhil macam itu.”

Raja diberitahu bahawa dia pernah berpura-pura tidak berharta dan penduduk kampong turut membantunya waktu itu.

“Sewaktu kamu bantu dia dahulu, apakah kamu tidak tahu dia kaya dan berharta?”

“Kami akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, Tuanku.”

Raja mengangguk-angguk faham. Namun apabila diimbas kembali layanan yang diberikan si bakhil itu kepada raja, Baginda tersenyum lebar.

Pengajaran: Orang kaya hakiki ialah orang kaya yang tidak berhajatkan kepada apa-apa pun, malah mampu berkongsi dengan golongan yang memerlukan. Sebaliknya orang yang miskin sentiasa mendambakan harta walaupun hartanya sudah melimpah.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 37.

Wednesday, November 16, 2011

50 Sen vs RM50

Assalamualaikum Semua ♥

Hai apa kahabar? korang semua sihat? diharapkan semuanya sihat.. kalau yang tak sihat semoga cepat sihat... :). okey hari ini saya nak kongsikan sebuah cerita yang pada saya sangat bermanfaat. Mungkin ada yang pernah membacanya.. kalau yang dah baca tu boleh la baca lagi.. hehehe... kepada yang belum membacanya eloklah dibaca kerana ada pengajaran yang baik dalam cerita ini... okey kawan-kawan marilah kita membacanya.. semoga ia memberi manfaat dan faedah kepada diri kita....


50 Sen vs RM50
Sumber Gambar: Majalah Solisi Isu 37


Pada satu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya; duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar Negara pun sudah dijelajahinya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam Negara sahaja.

Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini.

“Assalamualaikum. Apa khabar, lama tak Nampak?”

“Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tetapi penatlah sikit,” jawab wang kertas RM50 ringkas.

“kenapa pula penat?”

“Aku ni, serata dunia pergi. Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat. Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah.

“Hah, kau pula mamcam mana pula sekarang ni? Lama tak Nampak?” kini giliran wang kertas RM50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen.

“Huh, aku macam tu la juga! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas balik, masuk masjid balik. Aku ni tak sempat merasai ke luar Negara macam engkau tu.”

“Ooo, begitu.”

Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli. Alah membeli menang memakai la tu.

“Ehh… engkau bila lagi nak masuk masjid?” tiba-tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.

“Kenapa engkau Tanya aku pula. Tanyalah orang ramai yang membeli belah tu.”

Serentak mereka tersenyum, senym kambing.

Pengajaran: Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya bagi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai khidmat tandas awam yang kita biasa guna. Apa salahnya jika sekali sekala hulurlah pula duit kertas.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 37.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download