Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Jodoh - Yang Salah dan Yang Betul

 Perspektif Jodoh 

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
 
Yang Salah
Yang Betul
Jodoh tidak perlu dicari
Allah menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu
Sayiditina Siti Khadijah meminang Rasullah s.a.w.
Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan.
Perempuan berhak memilih.
Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik.
Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya.
Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan.
Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi.
Perlu bercinta sebelum kahwin
Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.
Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa berSMS dan berjumpa.
Selagi belum berkahwin, syarat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan.
Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya. ‘I tidak ada harta, tetapi I ada cinta.”
Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.
Contoh yang lain: ‘I tidak akan usik U sebelum kita nikah.”
Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila reality menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 31.

Wednesday, May 25, 2011

Surah Bacaan Semasa Mengandung

 Surah Bacaan Semasa Mengandung 

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
i. Surah Al-Fatihah: Untuk terang hati dan kuat ingatan.

ii. Surah Maryam: Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

iii. Surah Luqman: Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

iv. Surah Yusuf: Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.

v. Surah Al-Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

vi. Surah Yasin: Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

vii. Surah Al-Tawbah: Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

viii. Surah An-Nahl: Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

Klik Sini untuk mengetahui Cara “Mendidik” Anak Semasa Mengandung

Tuesday, May 24, 2011

Cara “Mendidik” Anak Semasa Mengandung

 Cara “Mendidik” Anak Semasa Mengandung 

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
1) Jaga Solat Wajib dan banyakkan Solat SUnat.

2) Banyak mengamalkan Zikir.

3) Banyakkan membaca Al-Quran.

4) Mendengar muzik yang tenang.

5) Membaca buku-buku ilmiah.

6) Menjaga adab.

7) Menjaga emosi dan elakkan stress.

8) Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan.

9) Memakan makanan yang baik dari segi lahiriah (berzat) dan batiniah (halal).

10) Elakkan Sifat-sifat mazmumah.

11) Sentiasa senyum dan banyakkan bersabar.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

Monday, May 23, 2011

Membentuk Akhlak

Bagaimana Akhlak Dibentuk?

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


“Akhlak dibentuk dari dalam ke luar (inside out}.”

Input -->> Rukun Iman

Langkah membentuk akhlak dimuliakan dengan memantapkan system keyakinan berasaskan tauhid (Tauhidic mindset) sebagai paksi utama yang membentuk pandangan alam (world view), kemudianannya system nilai serta sikap yang akhirnya melahirkan kelakuan-kelakuan yang baik. Inilah teras dan asas rukun iman.

Proses -->> Rukun Islam

Pemantapan rukun iman ini disusuli langkah kedua dengan melaksanakan satu set (himpunan) amalan-alaman yang ritual dalam rukun Islam. Ini adalah satu pakej latihan yang bersepadu, konsisten dan diamalkan secara rutin. Pada tahap ini, keyakinan dalam rukun iman diterjemahkan kepada amalan-amalan dalam rukun Islam.

Output -->> Ihsan

Dan akhirnya akhlak akan terhasil pada tahap ketiga (ihsan) yang mana perlakuan-perlakuan baik itu lahir secara mudah, istiqamah dan ikhlas kerana merasakan diri sama ada “melihat” Allah (pada tahap yang tinggi) atau dilihat Allah (pada tahap biasa).

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 28.



Akhlak 5 Perhubungan

Credit to :

Wednesday, May 04, 2011

Tips Untuk Pengguna Facebook

 Tips Untuk Pengguna Facebook 

 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Walaupun harus, saya suka menasihati anda yang menggunakan Facebook agar mengambil sikap lebih berhati-hati, justeru disarankan:

Memanipulasi akaun Faceebook untuk manfaat Islam melebihi dari kepentingan sendiri. Justeru ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromasi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan, dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.

Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (terutamanya wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia akan membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook

Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya (Khususnya wanita), apatah lagi yang benar-benar mendedahkan aurat.

Elakkan ghibah (mengumpat) dalam Facebook kerana telah telah lagi bersuluh bahawa mengumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.

Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membunag masa diri sendiri dan orang lain.

Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘suka-suka’ atau sebaliknya.

Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook, sama ada atas dasar “suka-suka” atau sebaliknya.

Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyipan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana Facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakkan.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

 MSG Cyber:   Tips ini juga sesuai digunakan pada laman-laman sosial yang lain... 

Tuesday, April 05, 2011

Cara dan Kelebihan Berwudhu'

 Cara Berwudhu' 



 Kelebihan Berwudhu' 

ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW)) bersabda:

“Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).

“Sesiapa yang berwuduk (mahu mendapat) kesucian, Allah pasti menetapkan baginya dengan 10 kebaikan,” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:

“Seseorang sentiasa dianggap seperti dalam keadaan solat asalkan dia tidak berhadas,” Seseorang bertanya, “Apakah erti hadas itu Abu Hurairah?”. “Buang angin,” jawab Abu Hurairah (Hadis Riwayat Bukhari). 

Humran bekas hamba Uthman bin Affan mengatakan Uthman bin Affan meminta sebaldi air bagi berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air lalu berkumur-kumur dan membersihkan hidung, dan memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkan air itu semula.

Seterusnya dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh dua tangannya hingga siku sebanyak tiga kali. Selepas itu dia berkata, Rasulullah berpesan, “sesiapa yang berwuduk sepertiku ini, kemudian solat (sunat wuduk) dua rakaat dengan khusyuk, pasti diampuni dosanya yang lalu,” (Hadis Riwayat Bukhari) -

DIPETIK DARIPADA BUKU DIARI HIDUP RASULULLAH (SAW).

Harian Metro - Ad-Din - Kelebihan Berwuduk

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download