Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Seni Taman. Show all posts
Showing posts with label Seni Taman. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Syarat tanaman pasu hidup



Pastikan bekas tidak retak, berlubang dan sesuai dengan ketinggian pokok

SELEPAS membincangkan dengan panjang lebar mengenai campuran tanah dalam artikel yang lalu, minggu ini tajuk perbincangan berkisar cara menanam pokok dalam pasu.

Pasu adalah antara bekas yang menjadi pilihan ramai untuk menanam pokok terutama mereka yang tinggal di kawasan yang tidak bertanah seperti rumah pangsa, apartmen dan kondominium.

Ada juga yang tinggal di rumah teres tetapi tidak mempunyai laman bertanah kerana ia sudah dibina dengan konkrit atau pelantar kayu.

Justeru, pilihan paling sesuai bagi penanaman pokok adalah di dalam pasu. Selain pasu, bekas seperti tempayan atau takungan khas juga sesuai digunakan.

Sebenarnya menanam pokok di dalam pasu adalah aktiviti yang senang tetapi bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang diingini jika peraturan penanaman tidak diikuti dengan betul.



Apabila membicarakan mengenai penanaman pasu, perkara yang paling penting dan perlu ada, sudah tentu pasu. Pasu yang sesuai adalah yang mempunyai lubang tiga di bahagian bawahnya yang berfungsi untuk peredaran udara dan pengaliran air.

Pasu yang baik juga perlu sesuai dan sepadan dengan pokok yang ditanam termasuk ketinggian. Seeloknya elakkan menggunakan pasu yang retak atau sumbing.

Berikut adalah peralatan dan bahan yang perlu untuk penanaman pokok dalam pasu:

* 1. Pasu
* 2. Serpihan pasu - seeloknya 5 hingga 7 sentimeter (cm) dan perlu ada serpihan lekuk dan leper. Jika tidak ada serpihan pasu boleh digantikan dengan batu kerikil, kulit kerang dan sabut kelapa (cocoa fiber).
* 3. Campuran tanah
* 4. Peralatan pertanian - sudip tanah, pisau, gunting pokok, papan pemotong, teko penyiram tanaman dan anak benih pokok (pilih yang sihat dan tidak berpenyakit)

Langkah-langkah menanam pokok dalam pasu:

* 1. Sediakan pasu mengikut kesesuaian pokok dan ketinggiannya. Boleh gunakan pasu tembikar, plastik atau gentian fiber dan kayu.
* 2. Aturkan serpihan pasu yang berlekuk untuk menutup lubang pasu bagi membolehkan ada ruang untuk laluan air dan menghalang tanah keluar daripada pasu. Kemudian letakkan serpihan yang leper dan disusn berlapis-lapis. Serpihan leper bertindak menjadi lapisan penapis air. Seeloknya buatkan tiga hingga empat lapisan.
* 3. Masukkan tanah campuran menggunakan sudip
* 4. Ambil benih anak pokok dan potong bahagian bawahnya kira-kira satu per tiga daripada saiz plastik anak benih. Masukkan pokok dengan plastik dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.
* 5. Masukkan tanah campuran di sekelilingnya dan selepas itu, tarik keluar plastik dengan menariknya ke atas.
* 6. Padatkan tanah dan akhir sekali siram pokok.

Tip penjagaan:

* Siram pokok yang baru ditanam untuk minggu pertama sekurang-kurang dua kali sehari.
* Selepas pokok matang siram dengan kadar sederhana dan hanya sekali siraman sehari.
* Baja pokok seminggu sekali dan apabila pokok semakin matang sebulan sekali.
* Buat pemangkasan atau potong ranting dan dahan mengikut keperluan. Buangkan ranting dan dahan yang mati dan jangan takut untuk memangkas kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
* Selain baja, taburkan di keliling pokok dengan tanah gambut proses Peatgro.

Sumber: Berita Harian

Thursday, September 04, 2008

Rimbunan pohon serikan laman

Oleh Rohaniza Idris




Landskap tropika sesuai di desa kerana dikeliling pelbagai tanaman

LANDSKAP atau seni taman sebenarnya bukan hanya sesuai untuk rumah di bandar atau kawasan yang mempunyai ruang laman yang besar.

Bagi rumah tradisi, soal seni taman dan landskap biasanya tidak dititik beratkan walaupun ia antara keperluan yang perlu diambil kira tambahan pula lamannya luas kerana terletak di luar bandar.


Pereka Landskap Rumpun Damai Nursery, Mohd Ariffin Mohd Isa mengakui membuat landskap untuk rumah tradisi di kampung lebih memberikan kepuasan kerana ruang lamannya luas selain mempunyai pelbagai pokok sekitar kediaman.


Katanya, konsep laman yang sesuai untuk landskap laman di kampung atau rumah tradisi adalah seperti nusantara, bali dan tropika.

“Lagipun, tidak sesuai jika konsep moden dipadankan dengan rumah tradisi. Untuk rumah tradisi, biasanya kita gunakan banyak pokok kerana lokasi sekelilingnya mempunyai banyak tanaman.

Keliling rumah ditutupi pepohon seperti puding dan calathea.

“Bagi laman hadapan rumah, gabung pohon berbunga dan daun sangat sesuai ditanam manakala untuk laman di belakang rumah, pepohon yang berbuah, sayuran dan herba untuk kegunaan harian,” katanya.

Bagi menghias laman ruang depan mengikut konsep tropika yang menjadi pilihan masa kini, beliau mencadangkan supaya pokok seperti Heliconia, Puding, Paku Pandan, Rheo Discolor dan Calathea Lutea.

Mengindahkan laman, pohon berbunga seperti jejarum dan carphalea kirondron, kemboja juga sesuai ditanam begitu juga pokok seperti ulam raja dan misai kucing.

Apa yang penting, kata Mohd Ariffin gabungan pokok mestilah mengikut hirarki, iaitu ada pokok besar, kecil, renek supaya laman nampak lebih ‘hidup’. Konsep tropika lebih mudah untuk dihias kerana ia hanya memerlukan gabung pohon berdaun dan sedikit pohon berbunga.

Pemijak kaki dari batu sungai di kaki tangga.

Batu-batu sungai dan kelikir berwarna putih atau warna asalnya juga sesuai menghias batu atau taman tempat pepohon ditanam.

Untuk menghias kawasan sekitar tangga rumah letakkan pemijak kaki daripada batu sungai dan kelikir kecil manakala pepohon ditanam rapat dengan rumah bagi menaikkan seri rumah serta menghasilkan suasana sejuk.

Bagi yang suka pasu dan tempayan besar boleh juga diletakkan di depan rumah atau berhampiran tangga, namun jika boleh elakkan penggunaan pasu besar untuk menanam pokok atau diaturkan pasu kerana ia agak ketinggalan zaman. Namun, ia bergantung kepada cita rasa pemilik rumah.

Bagi rumput pula, yang sesuai adalah jenis mutiara atau rumput padang ragut, namun sesekali tidak salah mencuba rumput Filipina atau rumput permaidani.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download