Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, March 07, 2012

TV Al Hijrah Live Streaming

Assalamualaikum Semua

TV AlHijrah merupakan stesen televisyen percuma (FTA) terbaru berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur, lokasi strategik di ibu negara, merupakan stesen televisyen pertama dilahirkan dari inpirasi bercirikan Islam. TV AlHijrah juga bakal ditonton melalui siaran ASTRO dan rancangan-rancangan TV AlHijrah menemui penonton melalui platform baru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi telah bersedia untuk memancarkan siaran kepada penonton di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Siaran ini telah mencakupi 55% daripada penonton televisyen di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir dalam Majlis Memperkenalkan TV AlHijrah, berkata “TV AlHijrah akan memulakan siaran ujian pada 1 November dengan waktu siaran bermula dari jam 3.oo petang hingga 12.00 tengah malam. Siaran hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada 12.00 tenghari dan tamat pada 12.00 tengah malam. TV AlHijrah akan memulakan siaran penuh mulai 1hb Disember 2010 dengan menawarkan pelbagai program baru yang telah dijadualkan untuk tontonan orang ramai,” KLIK SINI untuk baca seterusnya...


Kerbau dan Keldai

Assalamualaikum Semua

Entri kali ini saya hendak kongsikan kisah kerbau dan keldai, semoga kisah ini memberi pengajaran dan manfaat kepada kita semua.. Yang baik kita jadikan panduan dan yang buruk kita ketepikan dan jadikan pengajaran yang berguna. Insya-Allah... :) Selamat membaca...


Kerbau dan Keldai
Sumber Gambar: Majalah Solusi isu 40

Di sebuah ladang terdapat seekor kerbau dan seekor keldai yang membantu petani mengerjakan kerbun sayur . Mereka berdua bekerja keras saban hari dibawah terik matahari, enam hari seminggu .

Si kerbau yang kepenatan mencadangkan sesuatu kepada si keldai :

Kerbau : "Apa kata esok kita berpura-pura sakit? Bolehlah kita berehat"

Keldai : "Eh , mana boleh ! Engkau tak nampak masih banyak lagi kerja kita yang belum selesai?"

Kerbau : "Alaa, berehat sehari pun cukuplah"

Keldai : "Terpulanglah pada engkau, aku akan bekerja seperti biasa"

Keesokann harinya, si keldai bekerja sendirian. Melihat si kerbau lemah tidak bermaya, pemiliknya memberikannya rumput segar untuk diragut. Sebaik melihat keldai balik dari ladang, si kerbau bertanya:

Kerbau : "Bagaimana hari ini? Penat?"

Keldai : "Mestilah penat, aku bekerja seorang diri hari ni"

Kerbau : "Banyak kerja yang engkau dapat siapkan?"

Keldai : "Sedikit saja, aku bukannya gagah perkasa macam engkau"

Kerbau : "Tuan ada cakap apa-apa pasal aku?"

Keldai : "Tak ada"

Keesokan harinya si kerbau curi tulang lagi. Alasannya kurang sihat . Sebaik melihat keldai pulang, si kerbau bertanya :

Kerbau : "Engkau okey? Bagaimana kerja engkau hari ini?"

Keldai : "Aku penatlah, sedikit saja kerja aku boleh siapkan"

Kerbau : "Tuan ada cakap apa-apa pasal aku?"

Keldai : "Tak ada, tapi aku ada dengar tuan berbincang sesuatu dengan tukang sembelih tadi"

Gulp ! Si kerbau mengelabah

Pengajaran : Sikap terlalu kerap memberi alasan agar dapat melepaskan diri daripada sebarang tugasan hanya akan memudaratkan diri sendiri.  

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 40.



Tuesday, March 06, 2012

Doa Agar Lulus Peperiksaan / Ujian


Assalamualaikum Semua

Entri kali ini saya hendak kongsikan satu lagi doa memohon agar lulus peperiksaan dan ujian. Semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.... Selamat beramal dan semoga berjaya dalam peperiksaan. Imsya-Allah :)


Doa Agar Lulus Peperiksaan / Ujian
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Maksudnya: “Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keagungan atas tuan kami, Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi pembuka bagi segala yang terkunci yang menjadi penutup bagi segala yang dahulu, yang memperjuangkan kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukan kepada-Mu yang lurus dan juga atas keluarga dan para sahabatnya dengan hak kapasiti dan darjat yang agung.”

  Dari Buku Doa dan Amalan Berjaya di Sekolah & Kerjaya

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download